Bicara tentang hidup, tentang dunia, dan pastinya dunia itu bakal berakhir.
Bicara tentang amalmu, pertemuan dengan Sang Pencipta, dan pastinya hari akhirat bakal tiba.
Kau ingin sesuatu, tapi mengapa kau masih meminta pada manusia?
Kau perlukan pertolongan, tapi kau tidak meminta padaNya.
Kau lapar, juga kau tidak pernah minta pada Dia.
Kau tertekan dengan hidupmu, tapi kau masih ingin berhibur dengan bukan dari ayat-ayatNya.
Bahagiakah kau? Terhapuskah segala keluh-kesah dirimu?
Padahal syaitan jua yang bersamamu tika itu. Dan kau katakan, kau mahu Tuhan sentiasa melihat dan menjagamu. Ah, satu ketidakjujuran yang nyata.
Bangun munajat pada Allah, mohon ampunannya.
Lihatlah pada makanan kamu, badan kamu, alam ini, langit ini. Bukan ciptaan yang sia-sia.
"Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosah dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (2:30)
Bergembiralah kerana kita digolongkan dari kalangan hambaNya yang beriman, maka BERBANGGALAH, kerana ramai lagi manusia yang bukan pilihanNya. Islam bukan untuk diamalkan sebahagian, dan kamu abaikan sebahagian lagi, walhal kamu sedari kesyumulannya.
Mulakan hari ini. Mulakan setiap perkara, dari bangunmu dari tidur, dengan sebutan namaNya.
'Bismillahirrahmanirrahim'. Dengan nama Allah yang Maha pengasih, Maha Penyayang.
Dan kita akan dapat menilai, mana satukah Islam, mana satu bukan. Dan Allah sentiasa bersama hambaNya yang bersabar.
Sebuah lagu, bukan sekadar lagu.
Allah…
p/s Sekarang aku sangat merindui mereka, wani,mak,kausar,nisa,aina,nad,ainul. Moga mereka juga mengingatiku dalam doa mereka.
Tersentuh hati kami bila baca entry ni Nunu, rasa nak nangis. Knapa kita terlampau lalai sampai x ingat yg semua dugaan ini adalah drpd Allah, tp kita still cari benda2 lain utk ubat hati kita. Knapa kita x terus minta pada Allah sendiri? Allah sentiasa sedia mendengar keluhan manusia, tp manusia yg selalu jemu meminta pd-Nya.
Allah telah memaknakan hari ini buatku, juga malam ini.
Moga ingatan ini berkekalan, dan kita patut suka jika ingatan ini diulang dan terus diulang..
Syukur alhamdulillah:)
kaknunu...~
huuu~
*speechless*
huhu.
kak nunu ..
i MISS YOU TOO!!! :)
kak nunu cm berminat je nk beli kurma coklat and badam tu ..
hehe...
bleh buat tempahan ??
NAAZIRAHNAZER
waney~~~~
to naazirah:boleh nk tempah kurma,tp rasanya kne ada tempahan byk skt baru blh hntr sana:)promot2 la ye...
syg kamu semua:):):)
kaknunu..terharu2..akk rndu gak kat sye yg nakal ni.. hohoho~
to nisa:
mana ada nisa nakal,comel lg ada:D
all the best exm!!~
semua mcm...
kak nunu..kak nunu..kak nunu..
kausar pon nak gaklaa..
KAK NUNU!!!
lama kan kite tak jumpe?
rindu jgak:))!!!
haha..kausar nih:)
lama la jgk,on9 ritu pon xdgr sore de:D
rndu jgk!!~
nk gak
ramainya org rindu saibah. nk rindu saibah jugaklah!
eh tapi saibah rindu aku ke tak?
p/s: er. or should i start calling you nunu? ^^