Cukuplah Allah bagiku, bagi kamu, bagi semua.
Apabila kita terasa ingin menangis, menangislah pada Dia, kerana Dia sentiasa ada untukmu.
Jalan yang satu ini, membuat aku tahu erti hidup, patuh pada peraturannya, supaya nanti aku tidak tersadung di tebing neraka.
Lagu ini aku tujukan buat akhawatku (kamu tahu kamu siapa^_^), tanda cinta aku pada antunna (boleh ke macam ni?? ~_^). Lagu lama memang evergreen everlasting kan? =)
p/s Satu hari nanti nak buat video mcm ni, tapi ada gmbar kita dan alam!~
posted by Unknown
posted by Unknown

Bismillahirrahmanirrahim...
Just a short reminder, for me, and for you, few days before the exam starts.
posted by Unknown

"Sesungguhnya orang-orang yang berbakti benar-benar berada dalam (syurga yang oenuh) kenikmatan, mereka duduk di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni (tidak memabukkan) yang (tempatnya) masih dilak (disegel), laknya dari kasturi. Dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlumba-lumba. Dan campurannya dari tasnim, (yaitu) mata air yang diminum oleh mereka yang dekat (kepada Allah). (83:22-28)
Indahnya, bahagianya bayangan syurga yang dijanjikan buat hambaNya yang selalu lalai ini. Pada hari itu, hanya kenikmatan demi kenikmatan yang terlihat di mata, terdengar di telinga, tiada lelah, tiada gundah, hidupmu masa itu hanyalah untuk menikmati segala kasih-sayang Allah yang tak akan pernah dapat dibayangkan oleh manusia dunia.
Subhanallah! Hari-hari yang memenatkan, mengecewakan, mendesak-desak di dunia, kalau boleh aku mahu sangat pulang ke daerah abadi itu, kampung asal kita semua dahulu sejak kejadian penciptaan Adam dan Hawa.
Mudahnya meminta, tapi aku tahu, ada perkara yang masih perlu diselesaikan di dunia, sebelum Dia menjemput aku ke sana. Ada ha-hak yang perlu aku tunaikan sebelum aku meninggalkan bumi tempat berteduh ini. Ada janji-janji yang perlu aku langsaikan, supaya aku benar-benar menjadi mukmin yang dikehendakiNya, yang dengan rahmatNya dapat membenarkan aku menjadi salah seorang penghuni daerah abadi itu, daerah hakiki yang tiada bandingannya dengan kehidupan dunia.
Lalu bagaimana kita boleh membayangkan diri kita sebagai ahli syurga yang hebat itu, jika diri masih sukar meninggalkan yang mungkar, mencampurkan yang hak dan batil, mengaku mencintaiNya tapi dalam masa yang sama seakan lebih cinta pada makhluk dan dunia dengan segala pembuktian cinta itu, sedang pembuktian cinta kepadaNya masih samar-samar. Betulkah kita mahu menjadi ahli syurga? Atau hanya setaraf dengan angan-angan Mat Jenin tanpa usaha yang sesungguhnya?
Aku sedih, banyak lagi kata-kata yang tak diperbuat.
Maafkan aku Allah. Lidah selalu mendahului Iman.
Aku sedih, banyak lagi hak-hak yang tidak aku penuhi sebaik-baiknya.
Maafkan aku. Diriku terlalu lemah. Hanya ada iman yang membuatkan aku terus berdiri dan bermimpi.
Aku tahu bukan setakat ilmu dan kefahaman yang dimahukan, tapi juga kasih-sayang dan pelukan mesra. Kata-kata semangat dan huluran tangan.
Maafkan akak ye dik, banyak lagi kelemahan yang perlu dibaiki.
Kerana cita-citaku untuk menanamkan perasaan yang aku alami dan kefahaman yang sebenar-benarnya, perlu pada usaha yang keras, kerana itu maafkan aku lagi.
Aku sangat bahagia, apabila dalam fikiranku, dalam hatiku, kini, hanya ada islam (walau masih ada sisa Jahiliyyah yang perlu diberus kuat-kuat!). Aku sudah faham sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan "Islam sebagai cara hidup", yang telah aku dengar slogan ini sejak dulu lagi. Seronok jika dapat menceritakannya kepada manusia lain, dan sedih jika ada yang lari daripadanya, atau menduakannya.
Maafkan aku sekali lagi. Fahamilah aku. Kepunglah aku, supaya tidak jatuh.
Fokus Nusaibah. Fokus!!! Kata nak jadi sehebat Nusaibah bt Kaab? Apasal cepat lembik? T_T
p/s SELAMAT BELAJAR KERANA ALLAH KEPADA SEMUA=)
posted by Unknown
Pada suatu hari, seorang anak kecil bernama Abu Umair, sedang bermain dengan burung kecil yang diberi nama Nughair. Nabi s.a.w setiap kali melihat Abu Umair, baginda bersabda, "Wahai Abu Umair, apa khabar Nughair?". Hingga suatu hari, Nabi s.a.w melihat Abu Umair sedang menangis. Baginda lalu bertanya apa yang menyebabkannya menangis. Abu Umair menjawab bahawa Nughair telah meninggal.
Nabi s.a.w lalu membawanya bermain-main di jalan-jalan Madinah sehingga para sahabat melihat dan menanyakan apa yang membuat baginda berbuat demikian. Nabi s.a.w menjawab, "Nughair telah meninggal dan aku ingin bermain dengan Abu Umair". Bukan itu sahaja, pada hari berikutnya, Nabi s.a.w datang ke rumah Abu Umair untuk menghiburnya.
******************************************
1. Comelnya!~
2. Anas bin Malik barkata, "Aku belum pernah melihat orang yang paling menyayangi anak-anak daripada Rasulullah". SANGAT BETUL.
3. Lihat bagaimana Rasulullah mendidik anak kecil tersebut dengan memanggilnya dengan panggilan Abu Umair, supaya dapat membina sifat kematangan dan hak mempertahankan diri, maksudnya walaupun masih kecil, tapi Rasulullah memanggilnya dengan panggilan bagi orang dewasa, seperti Abu Bakar.
4. Rasulullah tidak pernah dapat merasai kasih-sayang seorang bapa, but still bagindalah manusia yang paling menyayangi kanak-kanak=)
5. Semakin aku mengenali Rasullah, semakin mendalam rasa cinta dan rindu kepadanya. Jadi bacalah sirah ye, lepas tu baru boleh rasa^_^ Allahummasolli'ala Sayyidina Muhammad.
6. Bukti mencintai Rasulullah adalah mengamalkan sunnahnya kan?
7. Allah tak pernah mengecewakan. Sukanya!~ Manusia je yang selalu lupa T_T. Dan Dia sediakan Rasulnya untuk mejadi sebaik-baik contoh buat kita. Allahu Akbar!
Saya sangat suka cerita ni. Awak?^_~
posted by Unknown
Sendiri menyepi
Sendiri menyepi
tenggelam dalam renungan
ada apa aku
seakan ku jauh
dari ketenangan
Perlahan ku cari
mengapa diriku hampa
mungkin ada salah
mungkin ku tersesat
mungkin dan mungkin lagi
Oh Tuhan aku merasa
sendiri menyepi
ingin ku menangis
menyesali diri mengapa terjadi
Sampai kapan ku begini
resah tak bertepi
Kembalikan aku pada cahayaMu
yang sempat menyala
benderang di hidupku
Perlahan ku cari
mengapa diriku hampa
mungkin ada salah
mungkin ku tersesat
mungkin dan mungkin lagi
Oh Tuhan aku merasa sendiri menyepi
ingin ku menangis
menyesali diri mengapa terjadi
Sampai kapan ku begini
resah tak bertepi
kembalikan aku pada cahayaMu
yang sempat menyala
Oh Tuhan aku merasa ...sendiri
aku merasa sendiri
sampai kapan begini
resah tiada bertepi
ku ingin cahayamu
benderang di hidupku
posted by Unknown
posted by Unknown
Apabila dada sesak, saya tahu saya perlu kepada kalamNya. Lalu saya buka dan baca.
Dan air mata menderu laju T_T
1. Bukankah Kami telah melapangkan dadamu?
(2)وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ
2. dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu.
(3)الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ
3. yang telah memberatkan belakangmu.
(4)وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
4. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama) mu.
Periksalah di dalam dadamu, apakah kamu tidak mendapatkan kesenangan, kelapangan, dan cahaya di dalamnya? Dan berbicaralah kamu dengan perasaanmu sendiri yang sedang merasai pemberian ini dan ucapkanlah, " Apakah kamu tidak mendapatkan kesenangan di dalam setiap penderitaan bersama kurnia itu dan kelapangan di dalam setiap kesulitan, dan kemudahan di dalam setiap kesengsaraan, dan redha di dalam setiap rintangan?
(6)إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا(5) فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

7.Oleh itu apabila engkau telah selesai dari kegiatan-kegiatan hidupmu, maka usahakanlah kegiatan yang lain pula.
8.Dan kepada Tuhanmu tumpukan perhatian dan minatmu.
Di sinilah engkau akan mendapat bekalan untuk menempuh jalan da'wah, di sinilah engkau akan mendapat alat-alat senjata untuk kelengkapan berjihad. Di sinilah engkau akan menemui kesenangan dan kemudahan setiap kali engkau menempuh kesulitan dan kesukaran.
Inilah jalan perjuangan da'wah.
(dipetik dari: Tafsir Fi Zilal-Syed Qutb)
