Powered by Blogger.

Menanti yang Pasti


posted by Unknown

3 comments


Sesekali kerinduan buat 'daerah' yang amat indah itu benar-benar membuatkan aku jadi tidak sabar-sabar. Kalau boleh aku pergi sekarang, dan menetap di daerah itu, alangkah bahagianya!

"Sesungguhnya orang-orang yang berbakti benar-benar berada dalam (syurga yang oenuh) kenikmatan, mereka duduk di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni (tidak memabukkan) yang (tempatnya) masih dilak (disegel), laknya dari kasturi. Dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlumba-lumba. Dan campurannya dari tasnim, (yaitu) mata air yang diminum oleh mereka yang dekat (kepada Allah). (83:22-28)

Indahnya, bahagianya bayangan syurga yang dijanjikan buat hambaNya yang selalu lalai ini. Pada hari itu, hanya kenikmatan demi kenikmatan yang terlihat di mata, terdengar di telinga, tiada lelah, tiada gundah, hidupmu masa itu hanyalah untuk menikmati segala kasih-sayang Allah yang tak akan pernah dapat dibayangkan oleh manusia dunia.

Subhanallah! Hari-hari yang memenatkan, mengecewakan, mendesak-desak di dunia, kalau boleh aku mahu sangat pulang ke daerah abadi itu, kampung asal kita semua dahulu sejak kejadian penciptaan Adam dan Hawa.

Mudahnya meminta, tapi aku tahu, ada perkara yang masih perlu diselesaikan di dunia, sebelum Dia menjemput aku ke sana. Ada ha-hak yang perlu aku tunaikan sebelum aku meninggalkan bumi tempat berteduh ini. Ada janji-janji yang perlu aku langsaikan, supaya aku benar-benar menjadi mukmin yang dikehendakiNya, yang dengan rahmatNya dapat membenarkan aku menjadi salah seorang penghuni daerah abadi itu, daerah hakiki yang tiada bandingannya dengan kehidupan dunia.

Lalu bagaimana kita boleh membayangkan diri kita sebagai ahli syurga yang hebat itu, jika diri masih sukar meninggalkan yang mungkar, mencampurkan yang hak dan batil, mengaku mencintaiNya tapi dalam masa yang sama seakan lebih cinta pada makhluk dan dunia dengan segala pembuktian cinta itu, sedang pembuktian cinta kepadaNya masih samar-samar. Betulkah kita mahu menjadi ahli syurga? Atau hanya setaraf dengan angan-angan Mat Jenin tanpa usaha yang sesungguhnya?

Aku sedih, banyak lagi kata-kata yang tak diperbuat.
Maafkan aku Allah. Lidah selalu mendahului Iman.

Aku sedih, banyak lagi hak-hak yang tidak aku penuhi sebaik-baiknya.

Maafkan aku. Diriku terlalu lemah. Hanya ada iman yang membuatkan aku terus berdiri dan bermimpi.

Aku tahu bukan setakat ilmu dan kefahaman yang dimahukan, tapi juga kasih-sayang dan pelukan mesra. Kata-kata semangat dan huluran tangan.

Maafkan akak ye dik, banyak lagi kelemahan yang perlu dibaiki.
Kerana cita-citaku untuk menanamkan perasaan yang aku alami dan kefahaman yang sebenar-benarnya, perlu pada usaha yang keras, kerana itu maafkan aku lagi.

Aku sangat bahagia, apabila dalam fikiranku, dalam hatiku, kini, hanya ada islam (walau masih ada sisa Jahiliyyah yang perlu diberus kuat-kuat!). Aku sudah faham sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan "Islam sebagai cara hidup", yang telah aku dengar slogan ini sejak dulu lagi. Seronok jika dapat menceritakannya kepada manusia lain, dan sedih jika ada yang lari daripadanya, atau menduakannya.

Maafkan aku sekali lagi. Fahamilah aku. Kepunglah aku, supaya tidak jatuh.


Fokus Nusaibah. Fokus!!! Kata nak jadi sehebat Nusaibah bt Kaab? Apasal cepat lembik? T_T


p/s SELAMAT BELAJAR KERANA ALLAH KEPADA SEMUA=)

3 comments

  1. Anonymous
  2. ainzul
  3. Anonymous