Powered by Blogger.

Masih Aku


posted by Nusaibah Rustam

2 comments


Lama tak menulis.

Banyak perkara yang aku nak kejar dalam hidup ni. Terlalu banyak.
Banyak impian yang ingin aku capai, sampai terlelah jasad dan jiwa memikirkannya.

5 tahun yang telah aku lalui, hanya Dia yang tahu betapa aku melaluinya bukan dengan cara mudah dan menggembirakan. Tak dapat aku kira berapa banyak motivasi dan pertolongan yang telah aku dapat, yang semuanya aku kira, datang dari arah yang tidak disangka-sangka. Alhamdulillah.

Lelah. Itu yang aku rasa tika ini. Lelah, yang sangat memerlukan pada mujahadah.
Lelah, yang sangat memerlukan pada mujahadah.
Mujahadah untuk mengikis lelah. Mujahadah untuk melupakan lelah.
5 tahun adalah masa yang sangat pendek, kan kawan. Panjang lagi perjalanan di hadapan, jika diizinkanNya.
Untuk aku berputus asa pada saat ini, adalah satu kerugian yang akan aku sesali selamanya.
Seperti manusia yang tidak kenang budi lagaknya, melupai Yang memadam kesedihan dan mengesat air matanya selama ni.

Dan kini, meniti tahun akhir sebagai pelajar, ada satu bekal yang aku perlu sediakan.
Bekalan nafas yang panjang.

Allahumma ameen.
~bumi Kaherah, pasca Revolusi

2 comments