Powered by Blogger.

Yang indah tu, dari hati^^


posted by Unknown

No comments


[15.04.2012]
[hadiqah al-azhar, dengan 5 bidadari syurga^^]

Membaca kembali hadith oleh Imam Abu Dawud, sabda Rasulullah saw.:

"Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah terdapat orang-orang yang bukan nabi, dan bukan pula syuhada. Tapi bahkan pada nabi dan syuhada cemburu pada mereka di hari kiamat nanti, disebabkan kedudukan yang diberikan Allah pada mereka."

"Ya Rasulullah," kata sahabat ketika itu, "beritahukanlah kepada kami, siapa mereka?"

"Mereka itu adalah," jawab Baginda saw.,"Segolongan manusia yang saling mencintai kerana rahmat Allah. Bukan oleh sebab kekerabatan dan darah. Bukan pula kerana didasarkan pemberian harta. Demi Allah, wajah mereka pada hari itu bersinar cemerlang dan mereka berada di atas cahaya. Mereka tidak merasa khuatir ketika manusia lain ketakutan. Dan mereka tidak bersedih ketika manusia lain berduka."

Memulai perhubungan, dengan niat yang jelas, dan niat yang sentiasa diluruskan, kerana Allah; hubungan inilah yang dicemburui para nabi dan syuhada!

Kerana niat yang benar, akan menimbulkan rasa cinta yang mendalam, rasa kasih yang tiada sempadan, dan rasa sayang sampai syurga.

Dengan itu, Aku mencintai Kamu kerana Allah :) Agar kita dicemburui para nabi dan syuhada!
Senyum lebar-lebar.

Satu perkara lagi.
Mencintai, adalah kata kerja, bukan kata nama kan? Maka untuk tiap-tiap hubungan, amat perlu pada tindakan, oleh yang saling mencintai, untuk meraih anugerah yang tak ternilai dari Dia.
Kita bertaaruf, saling mengenal (ahh sukanya 'soalan-soalan' taruf kita!), supaya dalam apa-apa keadaan, kita akan berjaya memenuhi keperluan dan kehendak sahabat dunia akhirat tu.

Mari belajar dari Khadijah. Saat wahyu pertama turun pada kekasihnya, dan kekasihnya itu pula minta diselimutkan, terus saja diselimutkan. Padahal, dalam hatinya pastilah penuh dengan persoalan dan kerisauan, yang sangat ingin ditanyakan. Tapi disimpan dulu, kerana pada saat itu, bukan soalan betubi-tubi yang Rasulullah saw. perlukan. Ya, Khadijah sangat memahami hal itu.

Itulah rahsianya. Khadijah amat peka dengan keperluan Muhammad saw., sampai tidak melakukan apa yang akan menambah bebanan pada hati baginda.

Dan prinsip inilah yang kita mahu pegang.

Kerana dalam banyak keadaan, kita lebih mudah merasa sudah memahami jiwa yang lain, dengan berbuat sebagaiman yang kita inginkan pula untuk jiwa kita. Seperti, 'Cintailah orang lain sebagaimana kau ingin dicintai, dan perlakukanlah orang lain, sebagaimana kau ingin duperlakukan'.

Eh, bukankah sikap dan sifat manusia berbeza-beza? Kau Sanguine, Aku Melancholic, Dia Phlegmatic, yang satu lagi Choleric. Mana sama, bahasa cinta yang satu dengan yang lain. Mungkin juga, kalau kita melakukan perkara yang sama sahaja dalam satu keadaan untuk semua orang di sekeliling kita, ada di antaranya yang malah lebih teruk jiwanya. Haih.

Sebab itu, kata John Gray dalam bukunya yang famous itu,
'Cintailah orang lain dengan cara bagaimana mereka ingin dicintai, dan perlakukanlah orang lain sebagaimana mereka ingin diperlakukan'.
Lebih cantik!

Dengan sebab itu, kita belajar dari kelembutan dan kepekaan jiwa Khadijah. yang menyantuni keperluan Sang Kekasih, dengan cara yang paling tepat.

Nota bawah: Kena berlatih lembutkan jiwa,bagi sensitif sikit! Oh jangan lupa pelajaran dari surah al-hujurat :)

Nota bawah 2: Niat di hati nak snap gambar banyak2, tapi terlambat pulak nak dekat gelap dah T_T