Bila diri ingin selalu mencari kesempurnaan, maka setiap kali itulah hasilnya kosong. Muhasabah, dan muhasabah lagi, lidah pula yang jadi takut untuk berkata dan memberi. Bila lidah tidak menggerakkan tangan dan kaki, hati pecah tuhan saja yang tahu. Tapi hati tahu, iman yakin, diri harus terus dan terus memberi, kerana masih ramai yang ingin menerima, ingin mengetahui. Dunia bukan taman kerehatan, tapi ladang yang harus diusahakan dengan sungguh-sungguh, demi meraih hasil tuaian yang terbaik di sana nanti. Kerana itu, dunia memang tiada nilainya buat pencinta akhirat, bahkan menyesakkan dada jika dibiarkan sedikit-sedikit menggantikan cinta kita yang tertinggi buatNya. Bukan meninggalkan, tapi meletakkannya hanya di tangan, supaya tiada dua di hati.
Diri mahu kembali ke daerah yang damai itu, tenang dengan zikrullah, basah dengan rasa cinta yang maha hebat. Jadi di mana keazaman kamu? Tidak mahu terus hidup dalam omongan kosong tidak bermakna, kerana hidup punya tujuan.
..................... Beri peringatan untukku dan untuk semua.. Agar ku tak tersasar ke dalam lembah kejahilan.. Alamilah luahan isi hatiku yang kekosongan.. Alamilah rasa di jiwaku yang kesepian...kawan..... Bukankah engkau khalifah.. Di muka bumi membawa risalah.. Kebenaran dan peringatan..seluruh insan.......................
salam, kak nunu
betul tu!
semoga kita semua terus thabat atas jalan tarbiyah dan dakwah
insyaAllah
jazakillah ukhti=)
salam nunu!!!!
=(
don't know what to do....
don't know what to say....
doa byk2...
byk2 sgt3
Bila kamu rasa kekurangan, kedhoifan dan kenaifan ...disitulah Iman.
Dan insyaalah perbanyakkan tawajjuh pada Allah.
Seorang pencinta akhirat tidak semestinya mengabaikan cinta cinta yang ada didunia ini asalkan cinta cinta itu boleh menghambatnya menuju Allah menuju rahmat Allah yang membawa kesyurganya.
Memang hati itu berbolak balik, iman naik dan turunnya kerana kita ini hamba namun jangan dibiarkan ianya menjadi kefuturan hingga terkeluarnya kita dari jalanNya.
Banyakkan 3 perkara untuk ketenangan ~ solat, zikir dan quran dan inilah pesan Hassan Albasri kepada kita supaya hati kita tidak tertutup.
Semuga ceria Insyaalah.