Powered by Blogger.

Jahil Amat


posted by Nusaibah Rustam

4 comments


Bila diri ingin selalu mencari kesempurnaan, maka setiap kali itulah hasilnya kosong. Muhasabah, dan muhasabah lagi, lidah pula yang jadi takut untuk berkata dan memberi. Bila lidah tidak menggerakkan tangan dan kaki, hati pecah tuhan saja yang tahu. Tapi hati tahu, iman yakin, diri harus terus dan terus memberi, kerana masih ramai yang ingin menerima, ingin mengetahui. Dunia bukan taman kerehatan, tapi ladang yang harus diusahakan dengan sungguh-sungguh, demi meraih hasil tuaian yang terbaik di sana nanti. Kerana itu, dunia memang tiada nilainya buat pencinta akhirat, bahkan menyesakkan dada jika dibiarkan sedikit-sedikit menggantikan cinta kita yang tertinggi buatNya. Bukan meninggalkan, tapi meletakkannya hanya di tangan, supaya tiada dua di hati.

Diri mahu kembali ke daerah yang damai itu, tenang dengan zikrullah, basah dengan rasa cinta yang maha hebat. Jadi di mana keazaman kamu? Tidak mahu terus hidup dalam omongan kosong tidak bermakna, kerana hidup punya tujuan.

..................... Beri peringatan untukku dan untuk semua.. Agar ku tak tersasar ke dalam lembah kejahilan.. Alamilah luahan isi hatiku yang kekosongan.. Alamilah rasa di jiwaku yang kesepian...kawan..... Bukankah engkau khalifah.. Di muka bumi membawa risalah.. Kebenaran dan peringatan..seluruh insan.......................

4 comments