Powered by Blogger.

Bad habits in Ramadan


posted by Nusaibah Rustam

2 comments



10 malam terakhir
jemaah di masjid semakin berkurang
lebih ramai di pusat-pusat membeli-belah (seharian berjalan pun tiada masalah)
tarawih berlubang-lubang
ibu-ibu bertambah giat membuat kuih raya
rumah wajib dibersihkan, perabot baru bertambah-tambah, langsir baru juga

Bagaimana iman? Bagaimana ibadah? I'tikaf, qiamullail, alquran sudah khatam belum?

97:1. Sesungguhnya, Kami menurunkannya (Al-Quran) pada malam qadar.
97:2. Dan tahukah kamu apakah ia malam kemuliaan itu?
97:3. Malam kemuliaan itu adalah lebih baik daripada seribu bulan.
97:4. Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh(Jibril
) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan.
97:5. Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”
(al-Bukhari)

Pandangan aku alihkan pada Masjid Putra yang tersergam indah. Mewah aku kira, yang membuatkan ramai juga berjemaah di situ kerana keselesaannya. Hujung minggu begini, bilangan saf lebih banyak dari hari biasa, walaupun tidak penuh. A
ku tertanya-tanya mengapa hari minggu saja bilangannya bertambah, mengapa hari bekerja kurang yang bersama, pelik, tak dapat cari jawapan yang sesuai. Bersangka baik, mereka mungkin bersolat di tempat lain, atau ada jemputan buka puasa jauh dari masjid ini.

Aku sempat pergi ke sebuah shopping mall berdekatan, hajatnya untuk minum-minum sedikit. 9.45malam, tempat itu masih sesak dengan kenderaan dan manusia, masuk sahaja dalam tempat itu, subhanallah, penuhnya! Tak solat tarawih ke? Banyaknya bergerak untuk pulang dari tingkat bawah (tempat hiburan), eh betul ke ni? Nampak selamba seperti hari-hari lain, seronok dan terhibur. Tidak nampak riak menyesal dan gelisah kerana belum bersolat tarawih lagi, tak tahulah kalau sudah bersolat di situ, wallahua'lam, kalau boleh buat begitu memang satu suasana yang hebat.

Memang solat tarawih cuma solat sunat, apalah yang aku bising-bising sangat ni. Tapi ibadah yang dikurnia khas untuk bulan yang mulia ini, dan tidak terdapat pada bulan-bulan yang lain, memang harus kita rasa betapa istimewanya solat ini, betapa sedihnya hati kita jika tidak melakukannya, betapa ruginya kita untuk meraih sebanyak mungkin pahala-pahala berganda di bulan ramadan. Berapa banyak masa yang dihabiskan untuk beribadah, dan berapa banyak pula masa yang kita habiskan melakukan perkara lain?

Aku tidak mahu mengecilkan skop ibadah. Setiap perkara yang kita lakukan, selain solat, puasa, berzikir dan membaca alQuran, jika niatnya kerana Allah, semua itu juga adalah ibadah. Namun hadirnya bulan yang kita tunggu-tunggu ini, dengan sebanyak-banya
k kebaikan bersamanya, tidakkah rugi untuk kita mensia-siakan dan hanya biarkannya berlalu? Sekian banyak ayat Allah dan hadis menyebut tentang keistimewaan bulan ini, terpulang pada hati untuk membuat pilihan. Semoga hati-hati kita senantiasa dipandu oleh hidayah dan petunjuk dariNya.

Hadith 6 Arabic text

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

((Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesu

ngguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.))

(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)

Ini soal ibadah sunat, namun yang paling membuat aku sedih adalah apabila ramai juga umat di luar sana sekadar berpuasa menahan lapar dahaga, tanpa mengerjakan solat fardhu 5 kali sehari semalam. Apa guna puasa tanpa solat wajib, seperti cuba memberi positif dalam negatif, dan hasilnya tentulah negatif! Sedang tiang agama diruntuhkan, pastinya kerja membaiki tanpa membangunkan tiangnya dahulu menjadi satu proses yang amat sukar.

Salah siapa? Institusi pendidikan yang sebenarnya tidak mendidik tetapi hanya mengajar, atau ibu bapa yang tidak pandai mendidik, atau diri sendiri yang tidak mahu mencari hidayah, hanya mahu mencari kesalahan orang lain?

Madrasah Ramadan sudah hampir sampai ke penghujung, pelita dipasang menerangi halaman, moga hati kita juga terang dengan pancaran iman.

Wallahua'lam.

p/s ingin berkongsi video yang menarik di sini.

2 comments

  1. Anonymous