Powered by Blogger.

Kawallah dirimu


posted by Nusaibah Rustam

No comments

Debu kota Mesir kembali bertiup pada diri hamba kerdil ini. Perjalanan di bumi anbiya' ini perlu diteruskan, tak kiralah lagi berapa tahun pun, dan pastinya bukan hanya segulung ijazah yang ingin dikutip.


Setiap hari yang aku lalui di sini, kalau boleh aku ingin sentiasa mendapat pelajaran dari segala yang aku lalui, segala yang aku lihat, segala yang aku rasa. Kota Kaherah menjanjikan pengalaman yang tidak akan kita dapat di tempat lain, dan yang paling aku suka ialah apa yang bumi ini ajar pada aku tentang survival, kehidupan yang perlukan kebijaksanaan untuk teguh berada di dalamnya.

Tadi aku berjalan di kawasan berdekatan, melalui kawasan metro(keretapi), menaiki metro, dan berjalan pulang ke rumah, perkara-perkara yang biasa saja aku buat di sini. Terlalu biasa sehingga boleh jadi tidak menghiraukan apa-apa yang berlaku di sekeliling, telah adapt dengan persekitaran.

Tapi seperti biasa, aku memang sangat suka melihat gelagat manusia-manusia di sini, memang tak pernah rasa boring, atau rasa semuanya sama, dan setiap satunya ada saja pelajaran yang dapat aku kutip setiap hari. Orang mesir ni memang sangat banyak bergerak, rushing sana, rushing sini, kereta pun tak pernah ada yang bawa perlahan, semacam ada beribu-ribu hal yang perlu diselesaikan setiap hari. Bergaduh juga sudah jadi adat aku kira, jarang berjumpa mereka yang dapat mengawal perasaan jika ada yang tak puas hati (tapi yang menariknya, mereka tak simpan dendam k~)

Satu perkataan yang terpacul dari mulut bila melihat semua ini, hari ini, dan juga hari-hari sebelum ini, STRESS! Stressnya hidup kat sini, macam tak ada life yang lebih baik, lebih tenang dan lebih aman. Ini yang selalunya dikata pada diri, bila terpaksa berdepan dengan macam-macam masalah bila hidup dalam bandar yang sibuk ni.

Stress yang macam, aaaargh..nak duduk malaysia lama-lama sikit, kalau tak balik sini langsung pun takpe..hehe...tapi satu perkara yang aku tak pernah nak fikir, orang-orang mesir ni tak stress ke duduk sini??

Mereka tinggal di sini lagi lama dari kita, tanah air tanah tumpah darah lagi, tak rasa stress ke sama yang macam kita rasa?

Kalau difikir secara logiknya, aku rasa mereka semua pun stress juga, walaupun ada sesetengah perkara sudah jadi kebiasaan yang tak perlu dihirau dan difikirkan. Duduk di negara aman pun stress, apatah lagi tinggal di kawasan berpenduduk super padat seperti di mesir ni.

Apa yang perlu difikirkan sebenarnya adalah cara bagaimana setiap dari kita menangani stress, akibat apa-apa faktor sekalipun. Dan kita ada dua pilihan, sama ada lebih mendekati Allah, atau semakin menjauhiNya.

Contoh, seorang yang merasai kemanisan iman, lidahnya sentiasa basah dengan zikrullah, hatinya pasti tenang sahaja walaupun ujian dan dugaan seteruk mana yang dihadapi, dan dengan keyakinan bahawa setiap cubaan datangnya dari Allah, pasti pergantungan kepada Allah semakin hari semakin tinggi melangit, dan cintaNya kepada Allah juga tidak berbelah bagi. Hati tenang, iman bertambah, tubuh sihat, hidup pun lebih ceria!

Berbeza pula dengan mereka yang memilih menghilangkan stress dengan berlibur, melepak dengan kawan-kawan, makan, melancong ke tempat percutian yang hebat, tidur dan yang sewaktu dengannya. Pada masa melakukan semua perkara-perkara ini, memang hati yang galau dan merintih-rintih minta diisi dengan ubat penenang akan dapat melupakan stress yang dialami pada masa itu, tanpa sedar bahawa hatinya mulai pudar dengan cahaya iman.

Ingat bahawa setiap yang kita lakukan, jika bukan niat kerana Allah, kita hanya akan mendapat apa yang kita niatkan, kalau kita niat untuk berhibur, kita akan dapat hiburan, kalau kita niat melepak-lepak, kita akan dapat melepak-lepak tu, tapi hasil sebenar yang kita inginkan dari perbuatan kita tidak akan kita capai kalau tiada hubung kaitnya dengan Tuhan yang Maha Mengetahui segala apa yang kita rasa, kita lalui, kita fikirkan, dan kita lakukan.

Jom sama-sama, buangkan stress, jauhkan dosa!

[tahun tiga yang menterujakan!]