Powered by Blogger.

Pause


posted by Unknown

No comments

[ 67:19 ]

Aku termenung
lama juga
baru aku tahu, yang jiwa manusia ini
tak akan pernah tenteram, dari memenuhi keinginan nafsunya
yang syaitan menamakannya, 'kebaikan buat diri'
dan jiwa ini, akan terus tertipu
sampailah hari Allah memberi keputusan buatnya

dan aku termenung lagi
eh, tapi ini bukan jiwa seorang mukmin!
jiwa yang tenang, dan selalu bersyukur
sedar, bahawa yang bersamanya
boleh jadi nikmat, boleh jadi ujian
jiwa ini, milik Tuhannya
lalu dia menjual dirinya, untuk agama

senyap lagi
aku jadi hairan 
kadang mengaku perindu syurga
tapi berkira-kira dengan masa!
kadang mengaku ingin syahid
tapi sering kataku, kudratku setakat ini sahaja

wahai, bukankah kamu mahu menjadi Habil?

bisu.

Manis itu macam gula:)


posted by Unknown

1 comment


"Yang sedang sakit bukan hubungan ukhuwah itu, justeru imanmu yang melemah dan hatimu yang kian kotor."

Semasa aku di sekolah dulu, ada aku berkenalan dengan satu perkataan,'ukhuwah'. Kerana Dia telah menyusun dengan susunan yang terbaik, dengan aku dianugerahi sahabat-sahabat yang meletakkan Allah dan Rasulnya paling terkedepan dalam susun atur hidupnya.
Dan seperti ada suara dari langit yang menyuruhku,'Bercerminlah, kerana seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain'. Dengan itu,aku belajar untuk menjadi seperti mereka, dan menjadi teman yang baik pula buat mereka.

Namun, bila ada pergaduhan terjadi, pastilah si sahabat yang dipersalahkan, kerana dia yang memulakan,bukan aku. Itu kata aku.
Tak pernah aku maknai perkataan ukhuwah itu.
Tak sedar, rupanya ukhuwah itu lebih besar maknanya dari setakat kasih dan sayang.

Dan di bumi kinanah ini, aku temui pengertian sebenar ukhuwah kerana Allah.
Aku mahu simpulkan perasaan aku sekarang, dengan satu perkataan.
YAKIN.

Kerana ukhuwah tidak akan terbina tanpa saling yakin dan percaya pada ukhti kita.
Kerana tanpa yakin ini, mudah untuk bermacam prasangka merajai hati kita.
Kerana tanpa yakin ini, kita akan melihat aib sebagai aib, dan kelemahan sebagai kesalahan.
Kerana tanpa yakin ini, sekali berlaku hal yang tidak kita sukai, hilang semua hal kebaikan yang pernah dilihat.
Kerana tanpa yakin ini, aib demi aib ditemui pada ukhti kita.

Padahal, jika kita sedar akan hal ini, andai ditemui keburukan pada teman perjalanan kita ini, samalah ertinya, dengan menemukan keburukan diri kita sendiri. Bukankah sabda Nabi menyebut,"seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain"?
Jika demikian, yang kita lihat pada diri teman kita, adalah bayang-bayang kita sendiri.
Kalau kita melihat kebaikan, moga kebaikan juga yang kita miliki.
Kalau kita melihat keburukan, haruslah untuk kita juga menata diri, membersih hati dan jiwa, mengisi ruang-ruang keretakan dengan pengaduan yang kuat padaNya.

Andai yakin ini kita miliki, sungguh, segala apa yang kita lihat, kita dengar, kita rasai, dari ukhti kita, akan kita adili mereka dengan sebaik-baiknya. Bukan dengan hukuman membuta tuli, dari pandangan hati yang penuh noda dan dosa, dan al-hawa' yang menginginkan sengketa menjadi nyata.

Kita, peyakin sejati, jelas bahawa dalam ukhuwah ini, kita paling berkuasa terhadap diri kita sendiri, maka diri itulah yang perlu dibetulkan terlebih dahulu. Moga dengan itu, makin cantik ukhuwah ini, dengan pantulan kemanisan iman yang kita usahakan.

malam berlalu,
tapi tak mampu kupejamkan mata dirundung rindu
kepada mereka
yang wajahnya mengingatkan aku akan syurga
wahai fajar terbitlah segera,
agar sempat kukatakan pada mereka
"aku mencintai kalian kerana Allah."
(Umar al-Khattab)

Kita, Mengejar Sempurna


posted by Unknown

2 comments


Alam kaku bagai diwarnakan
Putih hitam kelabu
Hingga tiba terbitnya mentari
Yang dihias pelangi
Melengkapi sebuah perjalanan
Kau dan aku bersamanya, seiringan
  
Berlari ke impian
Terbang ke puncak awan
Andai jatuh tersimpuh
Lantas kau hulur tangan
Bersama kita bangun
Teruskan kehidupan

Mengejarkan sempurna
Hingga capai angkasa
Namun kan hilang makna
Andainya kau tiada
Walau derasnya masa
Segalanya takkan berubah

Zahirnya ketetapan
Pasti akan ada pasang, pasti akan ada surutnya
Kala kita teruji, disitulah letak nya erti
Erti sebuah kesetiaan
[demascus feat ikram mirwana]

Je t'aime


posted by Unknown

No comments


ya, kubaca lagi firmanNya, "sungguh tiap mukmin bersaudara"
aku makin tahu, persaudaraan tak perlu dirisaukan

kerana saat ikatan melemah, saat keakraban kita merapuh
saat salam terasa menyakitkan, saat kebersamaan serasa siksaan
saat pemberian bagai bara api, saat kebaikan justru melukai
aku tahu, yang rombeng bukan ukhuwah kita
hanya iman-iman kita yang sedang sakit, atau mengerdil
mungkin dua-duanya, mungkin kau saja
tentu terlebih sering, imankulah yang compang-camping

kerana kita bersaudara kerana iman
kerana iman
kerana iman
dengannya, kita mengambil cinta dari langit,
lalu menebarkannya di bumi

aku sayang kamu
aku cinta kamu
aku rindu kamu
selalu
kerana iman ini
.
.
.

Aim high


posted by Unknown

No comments


"Aku memiliki jiwa yang selalu obsesif menginginkan sesuatu. Ketika aku sampai pada sesuatu, jiwaku menginginkan yang lebih tinggi darinya. Aku telah sampai pada kekhilafahan. Dan kini jiwaku menginginkan syurga." 
(Umar bin Abdul Aziz ra)

Untuk aku, yang sedang membina tapak asas yang paling kukuh, supaya terus teguh berdiri, walau lambat akan terus berlari, demi satu mimpi.

Untuk aku, yang tidak akan kalah pada rasa lemah dan putus asa, kerana sudah berjanji dengan Dia walau di mana pun aku diletakkan, syurga tetap obsesi selamanya.

Dan sungguh, kerana barang dagangan Allah itu adalah syurga, maka harus dibayar dengan harga yang mahal dan layak. Biar nyawa sekalipun.

Reflection


posted by Unknown

No comments


Seorang dai'e, bukanlah yang mendakwa dirinya seorang dai'e,
bahkan dialah manusia yang paling malu mengakui dirinya pejuang agama yang sebenar,
lantaran masih jauh amalnya, masih sedikit ilmunya, masih kurang cubaan yang diterima
dari musuh-musuh agama.

Dirimu bagaimana? Ah, aku bagaimana? Keluargaku bagaimana? Keluargamu?

Kerana yang pertama-tama sekali yang perlu kita dakwahi adalah orang yang paling rapat dengan kita, mereka yang hidup dalam putaran di sekeliling kita. Ya, mereka itulah!

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." (66:6)

Jiwa-jiwa ini perlu dibangunkan dengan iman dan amal, hati yang khusyu' pada Tuhannya, hati yang tidak rela menjadi mainan dan tunggangan mereka yang bermain-main dengan agama, jiwa yang memberontak dengan kesenangan dunia, kerana dirinya sedar, para rasul itu hidupnya tidak mudah tapi penuh dengan Redha Tuhannya.

coretan seposen dua-.-'


Saat tabah mengambil tempatnya


posted by Unknown

No comments


" Dan orang yang sabar kerana mengharap keredhaan Tuhannya, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik), yaitu syurga-syurga 'Adn, mereka masuk ke dalamnya bersama dengan orang yang soleh dari nenek moyangnya, pasangan-pasangannya dan anak cucunya, sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu; (sambil mengucapkan),"Selamat sejahtera atasmu kerana kesabaranmu". Maka alangkah nikmatnya tempat kesudahan itu." (13:22-24)


Lama aku mahu menulis, tapi berat sekali rasanya, apabila gerak laku tidak sama dengan tutur kata, dan kabur pandangan saat memulakan hafalan surah Saff:

"Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." (61:2-3)

Buat kamu,

Aku yakin kamu sedang melangkah, sangat yakin,

dengan langkahan yang kau rasakan sangat perlahan

yang memaksa air matamu tumpah dan tumpah lagi

dan hari-hari esok, entah apa lagi yang akan mengujimu

dari aku yang ingin sekali melihat kamu kembali tersenyum

tabahlah!

kerana jika kau nilai kembali, tidak ada apa pun yang kau akan gagal berhadapannya

kan Allah sentiasa ada:)


p/s mohon doa:)