Powered by Blogger.

Manis itu macam gula:)


posted by Unknown

1 comment


"Yang sedang sakit bukan hubungan ukhuwah itu, justeru imanmu yang melemah dan hatimu yang kian kotor."

Semasa aku di sekolah dulu, ada aku berkenalan dengan satu perkataan,'ukhuwah'. Kerana Dia telah menyusun dengan susunan yang terbaik, dengan aku dianugerahi sahabat-sahabat yang meletakkan Allah dan Rasulnya paling terkedepan dalam susun atur hidupnya.
Dan seperti ada suara dari langit yang menyuruhku,'Bercerminlah, kerana seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain'. Dengan itu,aku belajar untuk menjadi seperti mereka, dan menjadi teman yang baik pula buat mereka.

Namun, bila ada pergaduhan terjadi, pastilah si sahabat yang dipersalahkan, kerana dia yang memulakan,bukan aku. Itu kata aku.
Tak pernah aku maknai perkataan ukhuwah itu.
Tak sedar, rupanya ukhuwah itu lebih besar maknanya dari setakat kasih dan sayang.

Dan di bumi kinanah ini, aku temui pengertian sebenar ukhuwah kerana Allah.
Aku mahu simpulkan perasaan aku sekarang, dengan satu perkataan.
YAKIN.

Kerana ukhuwah tidak akan terbina tanpa saling yakin dan percaya pada ukhti kita.
Kerana tanpa yakin ini, mudah untuk bermacam prasangka merajai hati kita.
Kerana tanpa yakin ini, kita akan melihat aib sebagai aib, dan kelemahan sebagai kesalahan.
Kerana tanpa yakin ini, sekali berlaku hal yang tidak kita sukai, hilang semua hal kebaikan yang pernah dilihat.
Kerana tanpa yakin ini, aib demi aib ditemui pada ukhti kita.

Padahal, jika kita sedar akan hal ini, andai ditemui keburukan pada teman perjalanan kita ini, samalah ertinya, dengan menemukan keburukan diri kita sendiri. Bukankah sabda Nabi menyebut,"seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain"?
Jika demikian, yang kita lihat pada diri teman kita, adalah bayang-bayang kita sendiri.
Kalau kita melihat kebaikan, moga kebaikan juga yang kita miliki.
Kalau kita melihat keburukan, haruslah untuk kita juga menata diri, membersih hati dan jiwa, mengisi ruang-ruang keretakan dengan pengaduan yang kuat padaNya.

Andai yakin ini kita miliki, sungguh, segala apa yang kita lihat, kita dengar, kita rasai, dari ukhti kita, akan kita adili mereka dengan sebaik-baiknya. Bukan dengan hukuman membuta tuli, dari pandangan hati yang penuh noda dan dosa, dan al-hawa' yang menginginkan sengketa menjadi nyata.

Kita, peyakin sejati, jelas bahawa dalam ukhuwah ini, kita paling berkuasa terhadap diri kita sendiri, maka diri itulah yang perlu dibetulkan terlebih dahulu. Moga dengan itu, makin cantik ukhuwah ini, dengan pantulan kemanisan iman yang kita usahakan.

malam berlalu,
tapi tak mampu kupejamkan mata dirundung rindu
kepada mereka
yang wajahnya mengingatkan aku akan syurga
wahai fajar terbitlah segera,
agar sempat kukatakan pada mereka
"aku mencintai kalian kerana Allah."
(Umar al-Khattab)

1 comment

  1. Anonymous