Sujud itu menundukkan dahi, tetapi
Memuliakan muslim yang bertakbir kepada Allah dan
bertasbih kepadaNya
Si jahil menyangkanya belenggu ke atas hamba
tetapi sujudlah yang memusnahkan segala belenggu
Di dalam kemuliaan sujud, semua akan tunduk
kepada muslim yang sujud
Seluruh alam takut kepada kata-kata dan
perbuatannya
Wajah dan seluruh anggotanya diletakkan di bumi
Tetapi dia menggoncangkan gunung-ganang
Meruntuhkan syirik
was-was di dalam diri si jahil
tetapi membangunkan segala generasi dalam
ketenangan
kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumi
lantaran kehebatan dan kebesaranNya
Sujud kepada Allah dan mengesakanNya, lalu mantap
dan kuat
Terhapuslah setiap penzalim yang sombong
Barangsiapa menghayati sujud ini,
dia menikmati kepimpinan dan ketuanan
di muka bumi, dengan keagungannya, rahmat dan
keindahannya
(Abdul Wahab Azam)
Sujud yang merdeka, buat hamba yang merdeka. Sujud yang menghancurkan hawa nafsu, lalu menjadi manusia yang merdeka.
Ini doaku untuk kita semua, doa yang harus dilaksanakan, diusahakan. Buat kita yang tahu, doa itu bukan meminta tanpa berbuat, seperti memohon dijauhkan dari api neraka, tetapi berterusan melakukan dosa yang nyata kepada al-kholiq..
Kerana itu aku selalu mengingatkan diriku, untuk taubat di atas taubat, istighfar kerana istighfar. Senang sekali mengingkari janji, menangguhkan temujanji, melambatkan pembaikan diri kerana dunia, walhal bibir sering bertasbih kata cinta kepada Tuhan.
Astaghfirullahal'azim..
Post a Comment