Powered by Blogger.

Dengan nafasMu


posted by Unknown

6 comments


Bismillahirrahmanirrahim...

Just a short reminder, for me, and for you, few days before the exam starts.

"Maka(yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah-lah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar. (Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka) dan untuk memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin, dengan kemenangan yang baik. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."(8:17)

Kita belajar, sungguh-sungguh, tak tidur malam, bersengkang mata.
Kita membaca, menghafal, mengulang, menghafal lagi, setiap hari tanpa henti.

Kita berdoa, sujud, bangun qiam, solat hajat, mengharapkan yang terbaik daripadaNya.
Kita susun jadual, kita usaha mengikut jadual, kita usaha untuk penuhi hak manusia juga.

Tapi, betulkah segala apa yang kita lakukan dengan penat lelah itu, kita yang buat?
Kerana kitalah, kita dapat buat semua perkara tu?

Malang sekali kalau itu yang kita fikirkan.

Kalau bukan kerana Allah yang mengurniakan kesihatan,
kalau bukan kerana Allah yang mengurniakan anggota,
kalau bukan kerana Allah yang memberikan daya tenaga,
kalau bukan kerana Allah yang telah mengejutkan kita untuk bangun di malam hari,
kalau bukan kerana Allah yang menggerakkan tubuh kita untuk melakukan segala perkara,
kalau bukan kerana Allah yang setia mendengar doa-doa kita,
kalau bukan kerana Allah yang menguatkan hafalan kita,
kalau bukan kerana Allah yang mengingatkan kita untuk sentiasa bergantung padaNya,
kalau bukan kerana Allah yang masih memberi nikmat nyawa pada kita...

Alhamdulillahirabbil'alamin. Segala puji bagi Allah, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Sekadar mengucap syukur di lidah saja mesti tak cukup kan? Harus, wajib, mesti tunjukkan kesyukuran kita kepadaNya, dengan melakukan SETIAP suruhanNya, dan meninggalkan SETIAP laranganNya. Moga-moga kita menjadi hamba yang taat, dan pandai bersyukur. InsyaAllah..

Sedikit lirik lagu dari Ungu- Dengan nafasMu, yang aku rasakan cukup menyentuh..

"Dan demi nafas yang telah kau hembuskan dalam kehidupanku
Ku berjanji, ku akan menjadi yang terbaik
Menjalankan segala perintah-Mu, menjauhi segala larangan-Mu
adalah sebaris do’a ku untuk-Mu"

6 comments