Powered by Blogger.

From NZ, with love


posted by Unknown

5 comments


Kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan. Kata aku, jauh perjalanan, ialah proses pemantapan iman dan fikrah. Sekadar luas pemandangan tetapi pulang hanya membawa gambar-gambar bangunan lama dan besi-besi buruk, tanpa melihat dan mengamati suasana, budaya dan sejarah sesuatu tempat, mengambil segala yang baik untuk cuba diaplikasi di tempat sendiri, memang aku rasakan sangat merugikan.

Perjalanan aku kali ini merupakan permusafiran yang paling jauh dan lelah pernah aku lalui. 4 hari berturut-turut menaiki kapal terbang, 12jam, 8jam, 6 jam, sangat-sangat membuatkan badanku terasa berpusing, dan sebaik sampai rasa macam mahu pengsan dengan bahu yang sudah sengal. Di saat-saat seperti ini, aku membayangkan murabbi-murabbi yang lelahnya selepas berjam-jam atas kapal entah dibuang ke mana, sampai sahaja di destinasi terus sahaja memberi dan terus memberi, sedang aku bila sampai sahaja, terus flat! Mahu bercakap sahaja seperti sudah habis minyak, tak larat.

Salah satu cara menyuci dan menjernihkan hati dari kotoran jahiliyah adalah dengan berjumpa dengan orang-orang soleh. Berjumpa sisters serata dunia memang pengalaman yang sangat mengujakan dan menambah iman dan kekuatan, berkongsi pengalaman berharga yang dikutip besama dalam perjalanan meneguhkan ad-diin tercinta, dan matlamat hidup hanya satu, yaitu menuju redhaNya, merasai cinta dan kasihNya. Hari-hari dalam hidup diwakafkan untuk islam, walaupun duit poket mengalir seperti air, kebahagiaan yang dirasai apabila memberi berganda-ganda lebih berharga dari harta dan keindahan dunia. Fantasikah?


Ini realiti yang masyarakat melihat sebagai fantasi. Satu kumpulan manusia yang solehah, berlumba-lumba mengejar kebaikan, tidak kisah berhabis duit, masa dan tenaga walau hasilnya tidak nampak di depan mata. Aku menjumpai kumpulan ini dalam realiti hidup aku, bukan fantasi anganan mimpi supaya dunia tampak indah dan aman. Setiap hari ada saja kudratnya untuk menyampaikan semampu mungkin ilmu untuk dipraktikkan oleh semua yang mengaku muslim, supaya tumuhat(cita-cita tiggi) untuk menakluki takhta Ustaziyatul Alam tercapai.

Masa rehat telah lama habis. Dari mana boleh mendapatkan kekuatan untuk melalui jalan berbatu-batu dan penuh duri tanpa terjatuh dan tersalah arah, hanyalah dengan melihat manusia-manusia yang telahpun selesai menempuh jalan itu dan syahid, dan manusia yang tidak putus-putus berusaha dan berusaha biar apa pun yang berada di depannya. Manusia-manusia ini yang patut kita kagumi dan contohi supaya kita kekal tsabat di jalan islam. Bukan penyanyi itu atau pelakon ini, ahli sukan itu atau perawan ini.

Akhirnya aku bakal pulang ke Malaysia juga, medan sebenar jihad iman ini. Baru melihat Malaysia selama satu hari sebelum bertolak ke Melbourne sudah membuatkan aku jadi takut imanku akan lemas, maka plan yang baik perlu dibuat supaya kepulangan kali ini menambah, tidak mengurang, memberi, bukan setakat menerima, dan mengasihi kerana Allah. Apa yang didapati sepanjang perjalanan aku kali ini wajib aku kongsikan pada teman seperjuangan yang sedang sabar menugu di sana. Doakan kami ye!

"Sungguh, telah ada pada(diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu(yaitu) bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah. Dan ketika orang-orang mukmin melihat golongan-golongan (yang bersekutu) itu, mereka berkata, "Inilah yang dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kita". Dan benarlah Allah dan RasulNya. Dan yag demikian itu menambah keimanan dan keislaman mereka." (33: 21-22)

*************************************************************
kawan baru : Topeng muka=)


p/s rindunya mereka di Malaysia dan Mesir!!

Nusaybah, Auckland, NZ

5 comments

  1. nusaibah
  2. nisa bdk nakal