Pages

  • RSS

Friday, June 18, 2010

yang lemah itu aku, maaf

Ya Allah
Kenapa ye, aku rasa
tawakalku, tidak sehebat tawakal semasa aku di Tahun 1,
hatiku, tidak sekuat seperti waktu itu
tangisanku tidak pernah reda
walau aku tahu
selepas hujan pasti ada pelangi
kalau tiada pelangi pun, kedinginan tetap ada
dan Engkau sentiasa, selamanya bersamaku

Hari-hari yang dilalui
mula mencorak lemah
lesu dalam harapan
mungkin hati yang baru diperlukan
atau aku hancurkan tembok ego yang terlalu tinggi
untuk hanya sebuah ketenangan

yang lemah itu aku, yang buruk itu aku
jangan salahkan mereka yang lain
aku yang takut, sangat takut
jika hidup tanpa redhaMu
jika hidup, penuh kelalaian dan keangkuhan
dusta ditabur, demi hak yang perlu ditunaikan
ego

ramai yang hampa
aku tahu
aku juga sedih menghitung diri
muhasabah dan muhasabah
akhirnya adalah aku yang kecewa
dan satu aku pinta
Tuhan, jangan jadikan aku hamba yang tidak taat

lisan dan anggota sering menyalahi hati dan iman
aku cari, dalam hati hitam yang perlukan rawatan amal
berapa hebat doaku dan tawakalku kepada Tuhan
berapa dalam cintaku kepada islam dan jihad di jalanNya
ini saja ubatnya
kerana dunia dan manusia tidak pernah
memuaskan hatimu yang resah

Aku yang lemah tak berdaya
sering terlupa dan terpedaya
hanyut dibuai mimpi dunia
tika masanya aku bertemu denganMu kelak
kabulkan lah doaku
untuk bertemuMu
dengan air muka dan keceriaan seorang syahidah
yang niat seluruh hidupnya
hanyalah semata-mata untuk redhaMu

Allah..jika ini yang terbaik buatku
untuk terus malu dan menangis padaMu
ampunkan aku

6 comments:

waney_yr said...

kak nunu~
i miss u sooo much!
we miss our lollipop sooooooo much!
kak nunu~ jgn sedih2~
allah kan x pernah menzalimi hambanya..x pernah meninggalkan hambanya..
either allah nak ajar kita sesuatu yg baru..yg terbaik utk kita..,
atau,
allah nak kita jahit balik sejadah iman kita yg terkoyak dgn air mata kita tu..

kak nunu~ i love uuu~ we all love uuuuu~~

nusaibah said...

salam wani=)
love u too dear...
its nothing, just as a muhasabah n reminder, utk diri yg lupa...

teruskan berubah dan merubah, iAllah Allah sentiasa ada bersama...

nisa said...

kak nunu~
i miss u. we miss u.
serious rindu kat lollipop kte.
kak nunu jgn sedih2 rahmat Allah tu luas. dont give up tau!

'dont despair n never lose hope coz Allah will always be by ur side, insyaALlah'.

i love u so much!!

sharifah syahirah TSM [chep] said...

jelesnye ngan nunu ramai orang sayang dia

=P.

go nu go.

"Ya Allah, perkenankan...doaku nunu bahagia selamanya......
menemani mimpi indahku
ku bertanya...
adakah harus ku kata
ku sayang dia ku cinta dia
siapalah aku
sekadar akhawt yg biasa...
sekadar akhawat biasa......


sekian terima kasih.

Farah Hana said...

kak nunu.i love you.

nusaibah said...

to nisa n adik=)
love u guys too...

to chep:):)
terima kasih nyanyi2 lagu tu..hihi
nanti kita ubah lirik len pulak..
ngee~~