Powered by Blogger.

Archive for July 2009

"Inilah saya, anda siapa?"


posted by Unknown

1 comment

Seorang wartawan bertanya Imam as-Syahid tentang dirinya dan meminta beliau memperkenalkan dirinya sendiri kepada orang ramai.
Beliau berkata:

"Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.

Saya adalah ibarat sesorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: Sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutuiNya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri.

Inilah saya, anda siapa pula?"

Hasan al-Banna


From NZ, with love


posted by Unknown

5 comments


Kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan. Kata aku, jauh perjalanan, ialah proses pemantapan iman dan fikrah. Sekadar luas pemandangan tetapi pulang hanya membawa gambar-gambar bangunan lama dan besi-besi buruk, tanpa melihat dan mengamati suasana, budaya dan sejarah sesuatu tempat, mengambil segala yang baik untuk cuba diaplikasi di tempat sendiri, memang aku rasakan sangat merugikan.

Perjalanan aku kali ini merupakan permusafiran yang paling jauh dan lelah pernah aku lalui. 4 hari berturut-turut menaiki kapal terbang, 12jam, 8jam, 6 jam, sangat-sangat membuatkan badanku terasa berpusing, dan sebaik sampai rasa macam mahu pengsan dengan bahu yang sudah sengal. Di saat-saat seperti ini, aku membayangkan murabbi-murabbi yang lelahnya selepas berjam-jam atas kapal entah dibuang ke mana, sampai sahaja di destinasi terus sahaja memberi dan terus memberi, sedang aku bila sampai sahaja, terus flat! Mahu bercakap sahaja seperti sudah habis minyak, tak larat.

Salah satu cara menyuci dan menjernihkan hati dari kotoran jahiliyah adalah dengan berjumpa dengan orang-orang soleh. Berjumpa sisters serata dunia memang pengalaman yang sangat mengujakan dan menambah iman dan kekuatan, berkongsi pengalaman berharga yang dikutip besama dalam perjalanan meneguhkan ad-diin tercinta, dan matlamat hidup hanya satu, yaitu menuju redhaNya, merasai cinta dan kasihNya. Hari-hari dalam hidup diwakafkan untuk islam, walaupun duit poket mengalir seperti air, kebahagiaan yang dirasai apabila memberi berganda-ganda lebih berharga dari harta dan keindahan dunia. Fantasikah?


Ini realiti yang masyarakat melihat sebagai fantasi. Satu kumpulan manusia yang solehah, berlumba-lumba mengejar kebaikan, tidak kisah berhabis duit, masa dan tenaga walau hasilnya tidak nampak di depan mata. Aku menjumpai kumpulan ini dalam realiti hidup aku, bukan fantasi anganan mimpi supaya dunia tampak indah dan aman. Setiap hari ada saja kudratnya untuk menyampaikan semampu mungkin ilmu untuk dipraktikkan oleh semua yang mengaku muslim, supaya tumuhat(cita-cita tiggi) untuk menakluki takhta Ustaziyatul Alam tercapai.

Masa rehat telah lama habis. Dari mana boleh mendapatkan kekuatan untuk melalui jalan berbatu-batu dan penuh duri tanpa terjatuh dan tersalah arah, hanyalah dengan melihat manusia-manusia yang telahpun selesai menempuh jalan itu dan syahid, dan manusia yang tidak putus-putus berusaha dan berusaha biar apa pun yang berada di depannya. Manusia-manusia ini yang patut kita kagumi dan contohi supaya kita kekal tsabat di jalan islam. Bukan penyanyi itu atau pelakon ini, ahli sukan itu atau perawan ini.

Akhirnya aku bakal pulang ke Malaysia juga, medan sebenar jihad iman ini. Baru melihat Malaysia selama satu hari sebelum bertolak ke Melbourne sudah membuatkan aku jadi takut imanku akan lemas, maka plan yang baik perlu dibuat supaya kepulangan kali ini menambah, tidak mengurang, memberi, bukan setakat menerima, dan mengasihi kerana Allah. Apa yang didapati sepanjang perjalanan aku kali ini wajib aku kongsikan pada teman seperjuangan yang sedang sabar menugu di sana. Doakan kami ye!

"Sungguh, telah ada pada(diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu(yaitu) bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah. Dan ketika orang-orang mukmin melihat golongan-golongan (yang bersekutu) itu, mereka berkata, "Inilah yang dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kita". Dan benarlah Allah dan RasulNya. Dan yag demikian itu menambah keimanan dan keislaman mereka." (33: 21-22)

*************************************************************
kawan baru : Topeng muka=)


p/s rindunya mereka di Malaysia dan Mesir!!

Nusaybah, Auckland, NZ

Hati-hati ye!


posted by Unknown

No comments

Permulaan bagi sebuah percutian yang tidak ingin sekali saya isi dengan segala perkara yang sifat seronoknya hanya semasa di dunia, hendaklah dialihkan pada pada pengisian untuk jiwa yang menginginkan kebaikan semata, pada iman yang meminta-minta untuk dimantapkan.

Cuti 3 bulan saya rasakan cukup lama untuk iman kita menjadi tunggang-terbalik akibat tarikan-tarikan duniawi yang susahnya untuk dipandang sebelah mata, jika iman tidak cukup mapan dan tiada plan yang disusun sepanjang 3 bulan tersebut. Syaitan yang sudah ribuan tahun menggoda sangat arif tentang jenis keseronokan apakah dan bisikan-bisikan apakah yang terbaik buat manusia supaya langkah-langkahnya dituruti.

Saya terfikir, dalam masa 3 bulan, tanpa penambah-baikan diri, tanpa berfikir untuk kepentingan islam, tanpa membantu sedaya-upaya seluruh ahli keluarga, tanpa membuat mutabaah (check-list) amalan harian, selepas dari masa itu, apakah rupa hati kita?

Hati yang sering dibasahi dengan mengingati Allah pastinya akan putih bersih, kerana dengan berzikir akan menyucikan hati.
Hati yang hanya mengikut arus dan keadaan sekeliling, pasti rosak lantaran keadaan sekeliling dan arus sekarang ini tidak langsung membantu menambah iman.

Lalu bagaimana pula rupa hati yang cutinya ini disusun dan dirangka, tetapi untuk mengganti balik semua masa tidur, masa menonton filem, masa bermain game, masa melepak-lepak di shopping mall, masa melayan novel-novel, masa menonton tv dengan astronya, masa untuk berchatting, berfacebook, dan sebagainya, dengan alasan inilah sahaja masanya setelah berpenat-lelah mengorbankan setiap satu perkara tersebut untuk fokus semasa belajar medic yang susah?



Hati itu letaknya di dalam dada manusia. Jika baik hati itu, maka baiklah seluruh jasadnya, dan jika buruk hati itu, maka buruklah seluruh jasadnya. Itu sebabnya penjagaan hati sangat penting untuk memastikan hidayah dapat menembusinya tanpa tersekat dan hanya terpantul kembali.
Hati yang dibiarkan dan ditambah titik-titik hitam dosa dan perkara melalaikan pasti kemudian mengalami kesusahan untuk menyedari ada dosa yang sedang dilakukan, sebab karat jahiliyah kalau dibiar lama-lama, memang susah nak tanggal. Kena pakai clorox atau peluntur yang lebih kuat dari itu. Pilih hanya antara dua, islam atau jahiliyah.

Sekembalinya pulang ke tanah air tercinta, saya terus menuju ke Alamanda untuk membeli beberapa keperluan untuk perjalanan esok hari. Dan buat kesekian kalinya, seperti ada makhluk asing yang berlegar di situ, pakaiannya asing, bajunya labuh sampai melepasi lutut, tudungnya menutupi separuh badan, tidak seperti orang lain yang kebanyakannya hanya mengenakan baju paling besar pun paras pinggang, dan tudung bawal. Mudah.

Hmm...siapalah orang asing yang pelik itu!

Apabila islam menjadi dagang dan asing kembali, maka arus hidup masa itu bukanlah islam. Yang islam itulah yang pelik, yang bukan itu normal. Yang halal itulah yang dijauh-jauhkan, yang haram menjadi sebati dan adat. Siapa yang melawan arus saat ini? Sayakah atau mereka?

Arus yang normal tentu sekali ialah islam, sebab islam itu fitrah. Jadi sepatutnya yang mengikut islam itulah yang mengikut arus, dan yang selainnya melawan arus. Tapi nampaknya mentaliti kita hari ini berbeza dengan apa yang sebenarnya sedang berlaku. Yang islam itulah yang pelik, yang mata menjadi terkebil-kebil melihat islam diamalkan, manakala yang bukan itu ialah kebiasaan. Nah, saya pula yang pelik!

Mulut dan lidah membuat sebutan dan kenyataan bahawa islam itu adalah cara hidup, namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Praktikal dari kata-kata tiada langsung, seperti ungkapan 'ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah'. Sia-sia sahaja. Islam adalah cara hidup dan penyelesaian bagi setiap masalah yang berlaku di dunia. Saya bukan bercakap tentang islam yang hanya difahami dan diamali ketika solat, puasa, zakat dan haji sahaja, tapi islam sebagai darah-daging yang mengawali setiap tindakan kita, dari hati dan iman sehinggalah ibadah jasadi dan lisan. Umat terbaik yang dipilih kerana hidupnya untuk menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.

"Kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar, dan beriman kepada Allah.." (3:110)

Kita semua tidak patut lagi menjadi buih-buih di lautan yang nilainya kosong, tetapi menjadi batu sungai yang mencipta arus, bukan mengikut arus. Mencipta arus untuk mengembalikan kegemilangan agama yang kita cintai. Sedarkan manusia dari mimpi indah yang tidak membawa ke mana, beritahu mereka yang rumah kita sedang terbakar, semua orang perlu berperanan untuk memadamkan api, sebab seorang sahaja yang bangun takkan mampu memadamkan api yang sedang marak.

Nusaybah
2july09'