Powered by Blogger.

Ini Jalanku


posted by Unknown

3 comments



Cukuplah Allah bagiku, bagi kamu, bagi semua.
Apabila kita terasa ingin menangis, menangislah pada Dia, kerana Dia sentiasa ada untukmu.

Jalan yang satu ini, membuat aku tahu erti hidup, patuh pada peraturannya, supaya nanti aku tidak tersadung di tebing neraka.

Lagu ini aku tujukan buat akhawatku (kamu tahu kamu siapa^_^), tanda cinta aku pada antunna (boleh ke macam ni?? ~_^). Lagu lama memang evergreen everlasting kan? =)

p/s Satu hari nanti nak buat video mcm ni, tapi ada gmbar kita dan alam!~

Dengan nafasMu


posted by Unknown

6 comments


Bismillahirrahmanirrahim...

Just a short reminder, for me, and for you, few days before the exam starts.

"Maka(yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah-lah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar. (Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka) dan untuk memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin, dengan kemenangan yang baik. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."(8:17)

Kita belajar, sungguh-sungguh, tak tidur malam, bersengkang mata.
Kita membaca, menghafal, mengulang, menghafal lagi, setiap hari tanpa henti.

Kita berdoa, sujud, bangun qiam, solat hajat, mengharapkan yang terbaik daripadaNya.
Kita susun jadual, kita usaha mengikut jadual, kita usaha untuk penuhi hak manusia juga.

Tapi, betulkah segala apa yang kita lakukan dengan penat lelah itu, kita yang buat?
Kerana kitalah, kita dapat buat semua perkara tu?

Malang sekali kalau itu yang kita fikirkan.

Kalau bukan kerana Allah yang mengurniakan kesihatan,
kalau bukan kerana Allah yang mengurniakan anggota,
kalau bukan kerana Allah yang memberikan daya tenaga,
kalau bukan kerana Allah yang telah mengejutkan kita untuk bangun di malam hari,
kalau bukan kerana Allah yang menggerakkan tubuh kita untuk melakukan segala perkara,
kalau bukan kerana Allah yang setia mendengar doa-doa kita,
kalau bukan kerana Allah yang menguatkan hafalan kita,
kalau bukan kerana Allah yang mengingatkan kita untuk sentiasa bergantung padaNya,
kalau bukan kerana Allah yang masih memberi nikmat nyawa pada kita...

Alhamdulillahirabbil'alamin. Segala puji bagi Allah, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Sekadar mengucap syukur di lidah saja mesti tak cukup kan? Harus, wajib, mesti tunjukkan kesyukuran kita kepadaNya, dengan melakukan SETIAP suruhanNya, dan meninggalkan SETIAP laranganNya. Moga-moga kita menjadi hamba yang taat, dan pandai bersyukur. InsyaAllah..

Sedikit lirik lagu dari Ungu- Dengan nafasMu, yang aku rasakan cukup menyentuh..

"Dan demi nafas yang telah kau hembuskan dalam kehidupanku
Ku berjanji, ku akan menjadi yang terbaik
Menjalankan segala perintah-Mu, menjauhi segala larangan-Mu
adalah sebaris do’a ku untuk-Mu"

Menanti yang Pasti


posted by Unknown

3 comments


Sesekali kerinduan buat 'daerah' yang amat indah itu benar-benar membuatkan aku jadi tidak sabar-sabar. Kalau boleh aku pergi sekarang, dan menetap di daerah itu, alangkah bahagianya!

"Sesungguhnya orang-orang yang berbakti benar-benar berada dalam (syurga yang oenuh) kenikmatan, mereka duduk di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni (tidak memabukkan) yang (tempatnya) masih dilak (disegel), laknya dari kasturi. Dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlumba-lumba. Dan campurannya dari tasnim, (yaitu) mata air yang diminum oleh mereka yang dekat (kepada Allah). (83:22-28)

Indahnya, bahagianya bayangan syurga yang dijanjikan buat hambaNya yang selalu lalai ini. Pada hari itu, hanya kenikmatan demi kenikmatan yang terlihat di mata, terdengar di telinga, tiada lelah, tiada gundah, hidupmu masa itu hanyalah untuk menikmati segala kasih-sayang Allah yang tak akan pernah dapat dibayangkan oleh manusia dunia.

Subhanallah! Hari-hari yang memenatkan, mengecewakan, mendesak-desak di dunia, kalau boleh aku mahu sangat pulang ke daerah abadi itu, kampung asal kita semua dahulu sejak kejadian penciptaan Adam dan Hawa.

Mudahnya meminta, tapi aku tahu, ada perkara yang masih perlu diselesaikan di dunia, sebelum Dia menjemput aku ke sana. Ada ha-hak yang perlu aku tunaikan sebelum aku meninggalkan bumi tempat berteduh ini. Ada janji-janji yang perlu aku langsaikan, supaya aku benar-benar menjadi mukmin yang dikehendakiNya, yang dengan rahmatNya dapat membenarkan aku menjadi salah seorang penghuni daerah abadi itu, daerah hakiki yang tiada bandingannya dengan kehidupan dunia.

Lalu bagaimana kita boleh membayangkan diri kita sebagai ahli syurga yang hebat itu, jika diri masih sukar meninggalkan yang mungkar, mencampurkan yang hak dan batil, mengaku mencintaiNya tapi dalam masa yang sama seakan lebih cinta pada makhluk dan dunia dengan segala pembuktian cinta itu, sedang pembuktian cinta kepadaNya masih samar-samar. Betulkah kita mahu menjadi ahli syurga? Atau hanya setaraf dengan angan-angan Mat Jenin tanpa usaha yang sesungguhnya?

Aku sedih, banyak lagi kata-kata yang tak diperbuat.
Maafkan aku Allah. Lidah selalu mendahului Iman.

Aku sedih, banyak lagi hak-hak yang tidak aku penuhi sebaik-baiknya.

Maafkan aku. Diriku terlalu lemah. Hanya ada iman yang membuatkan aku terus berdiri dan bermimpi.

Aku tahu bukan setakat ilmu dan kefahaman yang dimahukan, tapi juga kasih-sayang dan pelukan mesra. Kata-kata semangat dan huluran tangan.

Maafkan akak ye dik, banyak lagi kelemahan yang perlu dibaiki.
Kerana cita-citaku untuk menanamkan perasaan yang aku alami dan kefahaman yang sebenar-benarnya, perlu pada usaha yang keras, kerana itu maafkan aku lagi.

Aku sangat bahagia, apabila dalam fikiranku, dalam hatiku, kini, hanya ada islam (walau masih ada sisa Jahiliyyah yang perlu diberus kuat-kuat!). Aku sudah faham sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan "Islam sebagai cara hidup", yang telah aku dengar slogan ini sejak dulu lagi. Seronok jika dapat menceritakannya kepada manusia lain, dan sedih jika ada yang lari daripadanya, atau menduakannya.

Maafkan aku sekali lagi. Fahamilah aku. Kepunglah aku, supaya tidak jatuh.


Fokus Nusaibah. Fokus!!! Kata nak jadi sehebat Nusaibah bt Kaab? Apasal cepat lembik? T_T


p/s SELAMAT BELAJAR KERANA ALLAH KEPADA SEMUA=)

Cerita Abu Umair


posted by Unknown

8 comments

Pada suatu hari, seorang anak kecil bernama Abu Umair, sedang bermain dengan burung kecil yang diberi nama Nughair. Nabi s.a.w setiap kali melihat Abu Umair, baginda bersabda, "Wahai Abu Umair, apa khabar Nughair?".

Hingga suatu hari, Nabi s.a.w melihat Abu Umair sedang menangis. Baginda lalu bertanya apa yang menyebabkannya menangis. Abu Umair menjawab bahawa Nughair telah meninggal.

Nabi s.a.w lalu membawanya bermain-main di jalan-jalan Madinah sehingga para sahabat melihat dan menanyakan apa yang membuat baginda berbuat demikian. Nabi s.a.w menjawab, "Nughair telah meninggal dan aku ingin bermain dengan Abu Umair". Bukan itu sahaja, pada hari berikutnya, Nabi s.a.w datang ke rumah Abu Umair untuk menghiburnya.

******************************************
1. Comelnya!~

2. Anas bin Malik barkata, "Aku belum pernah melihat orang yang paling menyayangi anak-anak daripada Rasulullah". SANGAT BETUL.

3. Lihat bagaimana Rasulullah mendidik anak kecil tersebut dengan memanggilnya dengan panggilan Abu Umair, supaya dapat membina sifat kematangan dan hak mempertahankan diri, maksudnya walaupun masih kecil, tapi Rasulullah memanggilnya dengan panggilan bagi orang dewasa, seperti Abu Bakar.

4. Rasulullah tidak pernah dapat merasai kasih-sayang seorang bapa, but still bagindalah manusia yang paling menyayangi kanak-kanak=)

5. Semakin aku mengenali Rasullah, semakin mendalam rasa cinta dan rindu kepadanya. Jadi bacalah sirah ye, lepas tu baru boleh rasa^_^ Allahummasolli'ala Sayyidina Muhammad.

6. Bukti mencintai Rasulullah adalah mengamalkan sunnahnya kan?

7. Allah tak pernah mengecewakan. Sukanya!~ Manusia je yang selalu lupa T_T. Dan Dia sediakan Rasulnya untuk mejadi sebaik-baik contoh buat kita. Allahu Akbar!

Saya sangat suka cerita ni. Awak?^_~

Sendiri- bersamaNya


posted by Unknown

2 comments

Sendiri menyepi

Sendiri menyepi
tenggelam dalam renungan
ada apa aku
seakan ku jauh
dari ketenangan

Perlahan ku cari
mengapa diriku hampa
mungkin ada salah
mungkin ku tersesat
mungkin dan mungkin lagi

Oh Tuhan aku merasa
sendiri menyepi
ingin ku menangis
menyesali diri mengapa terjadi

Sampai kapan ku begini
resah tak bertepi
Kembalikan aku pada cahayaMu
yang sempat menyala
benderang di hidupku

Perlahan ku cari
mengapa diriku hampa
mungkin ada salah
mungkin ku tersesat
mungkin dan mungkin lagi

Oh Tuhan aku merasa sendiri menyepi
ingin ku menangis
menyesali diri mengapa terjadi

Sampai kapan ku begini
resah tak bertepi
kembalikan aku pada cahayaMu
yang sempat menyala

Oh Tuhan aku merasa ...sendiri
aku merasa sendiri
sampai kapan begini
resah tiada bertepi
ku ingin cahayamu
benderang di hidupku

Langit mendung


posted by Unknown

No comments


Dan aku kembali mengintai langit

walau cuma sejalur cahaya yang aku dapati

aku yakin aku akan puas


mereka di sana sudah jelas dikasihi dan disayangi

aku di sini pula masih ternanti-nanti rasa itu

entah hari ini atau esok, tapi sudah bersediakah?


hari ini warna hitam itu masih ada

semoga esok tiada lagi, dengan rahmatNya

kerana aku tidak sanggup bertemu, dalam kotoran

dan hanya menjadi sampah


sudahlah,

ada manis iman yang perlu dikejar

bukan rasa puas bila katamu didengar


satu permata

moga melahirkan lebih banyak permata

kita milikNya cuma,

kamu semua terbukti dicintaiNya, hebat masyaAllah!

Allah, sayangi dia, jangan tinggalkan.


al-fatihah.

Hati yang lapang


posted by Unknown

1 comment

Apabila dada sesak, saya tahu saya perlu kepada kalamNya. Lalu saya buka dan baca.
Dan air mata menderu laju T_T



********************
(1)أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
1. Bukankah Kami telah melapangkan dadamu?

(2)وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ
2. dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu.

(3)الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ
3. yang telah memberatkan belakangmu.

(4)وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
4. Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama) mu.


Ini menjadi inspirasi bahawa di sana terjadi kesempitan dalam jiwa Rasulullah s.a.w. dalam usaha dakwah yang ditugaskan kepadanya dan dalam menghadapi pelbagai halangan, rintangan dan tipu daya di jalan dakwah. Mengungkapkan bahawa dada Rasulullah merasa sesak terhadap tugas-tugas dakwah yang berat itu, dan dia merasakan keletihan yang menyusahkan akibat umurnya yang sudah tua, maka dia benar-benar memerlukan pertolongan, huluran tangan, tambahan bekal dan pengawasan. Kemudian terjadilah munajat (bisikan) yang mesra ini dan percakapan yang penuh keramah-tamahan ini!

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
Bukankah Kami akan melapangkan dadamu dan dengan dakwah itu? Dan Kami akan memudahkan urusannya bagimu? Dan Kami jadikan dakwah itu sebagai kekasih di hatimu, dan akan Kami licinkan jalan-jalannya untukmu serta Kami terangi jalan-jalan itu hingga engkau dapat melihat penghabisannya yang bahagia?

Periksalah di dalam dadamu, apakah kamu tidak mendapatkan kesenangan, kelapangan, dan cahaya di dalamnya? Dan berbicaralah kamu dengan perasaanmu sendiri yang sedang merasai pemberian ini dan ucapkanlah, " Apakah kamu tidak mendapatkan kesenangan di dalam setiap penderitaan bersama kurnia itu dan kelapangan di dalam setiap kesulitan, dan kemudahan di dalam setiap kesengsaraan, dan redha di dalam setiap rintangan?

وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ(2)الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ
Dan Kami telah menghilangkan keletihanmu sebab berat beban yang kamu pikul hingga hampir membinasakan dirimu itu. Kami hilangkan darimu dengan melapangkan dadamu, sehingga ia menjadi ringan dan mudah, atau dengan memberi pertolongan seta kemudahan bagimu untuk melaksanakan dakwah dan menembus hati manusia. Dan dengan wahyu yang menyingkap kenyataan itu, serta menolongmu menyerapkan kemudahan, lemah lembut, dan rasa simpati ke dalam jiwa manusia terhadapmu. Apakah tidak kamu dapati kesulitan yang memberatimu itu kemudian menjadi ringan setelah Kami lapangkan dadamu?

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
Dan Kami tinggikan bagimu sebutanmu. Kami tinggikan ke Malaul A'la, dan Kami tinggikan di bumi dan di dalam alam dunia seluruhnya. Kami tinggikan dan Kami jadikan namamu itu bergandingan dengan nama Allah di setiap bibir yang digerakkan:


لا إله إلاَّ الله محمدا رسول الله
yang tidak ada ketinggian lain melebihi itu, dan tidak ada kedudukan lain di belakangnya, kerana itu adalah maqam yang khusus bagi Muhammad s.a.w. tidak ada duanya di seluruh alam. Kami tinggikan namamu di Luh Mahfuz, di saat Allah menentukan perjalanan masa dari abad ke abad, generasi berganti generasi, di mana jutaan bibir di setiap tempat bergerak menyebut dan mengingat nama yang mulia itu, dengan selawat dan salam, cinta yang mendalam dan mengagungkan, kerana dalam hal ini terdapat suatu ikatan dengan sistem Ilahi yang tinggi, dan pilihan satu-satunya mengenai urusan ini merupakan ketinggian yang tidak pernah diberikan kepada orang lain sebelumnya mahupun sesudahnya. Maka bagaimana mungkin dengan pemberian itu akan ada kesulitan, kesengsaraan, penderitaan, dan keletihan.


Kerana itu maka Allah meringankan beban kekasihNya dengan berlemah lembut, mempermudah, memuaskan hatinya dan memberikan ketenangan jiwa dengan menumbuhkan suatu pernyataan bahawa kemudahan tidak akan berpisah dengan dirinya.

(6)إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا(5) فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan yang mengiringinya secara berterusan dan menemanimu di mana-mana sahaja. Kamu terasa bebanmu meletihkan maka Kami lapangkan dadamu dan menjadi ringanlah tanggunganmu yang memberatkanmu itu. Maka kemudahan menyertai kesulitan, dapat menghilangkan beban, dan meringankan yang berat. Tekanan kata-kata yang diulang itu menunjukkan kuatnya masalah, dan itu menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kesempitan dan kesulitan, maka perhatian ini atau peringatan ini atau bayangan kasih sayang yang lembap ini, angin pembebasan yang mesra ini, aspek-aspek perlindungan yang memperkuat dan menjadi kekuatan ini benar-benar terlaksana. Sedangkan urusan yang dirasakan beratnya oleh Rasulullah, jelas merupakan urusan penting dan agung.


Kemudian datang pula arahan Ilahi supaya ia mencari sebab-sebab yang boleh melahirkan kelapangan dan kesenangan hati dan mencari tempat simpanan bekal untuk menempuh perjalanan da'wah yang jauh dan sukar.

(7)فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ
7.Oleh itu apabila engkau telah selesai dari kegiatan-kegiatan hidupmu, maka usahakanlah kegiatan yang lain pula.
(وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ(8
8.Dan kepada Tuhanmu tumpukan perhatian dan minatmu.


Sesungguhnya setelah kesulitan itu ada kemudahan. Maka ambillah olehmu sebab-sebab kemudahan dan yang memudahkan itu. Dan apabila kamu sudah selesai dari kesulitanmu bersama manusia dan bersama bumi atau kesibukan hidup, maka menghadaplah dengan seluruh hatimu kepada apa yang kamu mesti selesaikan dengan sungguh-sungguh dan sesungguhnya yaitu ibadah, menyendiri, menyelidiki dan menghadapkan diri.

Kepada Tuhanmu sahaja kamu tumpukan segala sesuatu, termasuk masalah orang-orang yang menjadi perintang dan mempersulit jalan dakwahmu, sebab urusan itu penting memerlukan bekal sebagai cara. Di sinilah bekal itu, mahu atau tidak kamu harus ada perlengkapan untuk perjuangan. Maka di sinilah perlengkapan itu. Dan di sinilah kamu akan mendapatkan kemudahan setelah kesulitan, kesenangan setelah kesempitan. Inilah cara itu!!

Di sinilah engkau akan mendapat bekalan untuk menempuh jalan da'wah, di sinilah engkau akan mendapat alat-alat senjata untuk kelengkapan berjihad. Di sinilah engkau akan menemui kesenangan dan kemudahan setiap kali engkau menempuh kesulitan dan kesukaran.
Inilah jalan perjuangan da'wah.

********************

Allahu Akbar. Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad.


(dipetik dari: Tafsir Fi Zilal-Syed Qutb)