Powered by Blogger.

"Inilah saya, anda siapa?"


posted by Unknown

1 comment

Seorang wartawan bertanya Imam as-Syahid tentang dirinya dan meminta beliau memperkenalkan dirinya sendiri kepada orang ramai.
Beliau berkata:

"Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.

Saya adalah ibarat sesorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: Sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutuiNya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri.

Inilah saya, anda siapa pula?"

Hasan al-Banna


From NZ, with love


posted by Unknown

5 comments


Kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan. Kata aku, jauh perjalanan, ialah proses pemantapan iman dan fikrah. Sekadar luas pemandangan tetapi pulang hanya membawa gambar-gambar bangunan lama dan besi-besi buruk, tanpa melihat dan mengamati suasana, budaya dan sejarah sesuatu tempat, mengambil segala yang baik untuk cuba diaplikasi di tempat sendiri, memang aku rasakan sangat merugikan.

Perjalanan aku kali ini merupakan permusafiran yang paling jauh dan lelah pernah aku lalui. 4 hari berturut-turut menaiki kapal terbang, 12jam, 8jam, 6 jam, sangat-sangat membuatkan badanku terasa berpusing, dan sebaik sampai rasa macam mahu pengsan dengan bahu yang sudah sengal. Di saat-saat seperti ini, aku membayangkan murabbi-murabbi yang lelahnya selepas berjam-jam atas kapal entah dibuang ke mana, sampai sahaja di destinasi terus sahaja memberi dan terus memberi, sedang aku bila sampai sahaja, terus flat! Mahu bercakap sahaja seperti sudah habis minyak, tak larat.

Salah satu cara menyuci dan menjernihkan hati dari kotoran jahiliyah adalah dengan berjumpa dengan orang-orang soleh. Berjumpa sisters serata dunia memang pengalaman yang sangat mengujakan dan menambah iman dan kekuatan, berkongsi pengalaman berharga yang dikutip besama dalam perjalanan meneguhkan ad-diin tercinta, dan matlamat hidup hanya satu, yaitu menuju redhaNya, merasai cinta dan kasihNya. Hari-hari dalam hidup diwakafkan untuk islam, walaupun duit poket mengalir seperti air, kebahagiaan yang dirasai apabila memberi berganda-ganda lebih berharga dari harta dan keindahan dunia. Fantasikah?


Ini realiti yang masyarakat melihat sebagai fantasi. Satu kumpulan manusia yang solehah, berlumba-lumba mengejar kebaikan, tidak kisah berhabis duit, masa dan tenaga walau hasilnya tidak nampak di depan mata. Aku menjumpai kumpulan ini dalam realiti hidup aku, bukan fantasi anganan mimpi supaya dunia tampak indah dan aman. Setiap hari ada saja kudratnya untuk menyampaikan semampu mungkin ilmu untuk dipraktikkan oleh semua yang mengaku muslim, supaya tumuhat(cita-cita tiggi) untuk menakluki takhta Ustaziyatul Alam tercapai.

Masa rehat telah lama habis. Dari mana boleh mendapatkan kekuatan untuk melalui jalan berbatu-batu dan penuh duri tanpa terjatuh dan tersalah arah, hanyalah dengan melihat manusia-manusia yang telahpun selesai menempuh jalan itu dan syahid, dan manusia yang tidak putus-putus berusaha dan berusaha biar apa pun yang berada di depannya. Manusia-manusia ini yang patut kita kagumi dan contohi supaya kita kekal tsabat di jalan islam. Bukan penyanyi itu atau pelakon ini, ahli sukan itu atau perawan ini.

Akhirnya aku bakal pulang ke Malaysia juga, medan sebenar jihad iman ini. Baru melihat Malaysia selama satu hari sebelum bertolak ke Melbourne sudah membuatkan aku jadi takut imanku akan lemas, maka plan yang baik perlu dibuat supaya kepulangan kali ini menambah, tidak mengurang, memberi, bukan setakat menerima, dan mengasihi kerana Allah. Apa yang didapati sepanjang perjalanan aku kali ini wajib aku kongsikan pada teman seperjuangan yang sedang sabar menugu di sana. Doakan kami ye!

"Sungguh, telah ada pada(diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu(yaitu) bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah. Dan ketika orang-orang mukmin melihat golongan-golongan (yang bersekutu) itu, mereka berkata, "Inilah yang dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kita". Dan benarlah Allah dan RasulNya. Dan yag demikian itu menambah keimanan dan keislaman mereka." (33: 21-22)

*************************************************************
kawan baru : Topeng muka=)


p/s rindunya mereka di Malaysia dan Mesir!!

Nusaybah, Auckland, NZ

Hati-hati ye!


posted by Unknown

No comments

Permulaan bagi sebuah percutian yang tidak ingin sekali saya isi dengan segala perkara yang sifat seronoknya hanya semasa di dunia, hendaklah dialihkan pada pada pengisian untuk jiwa yang menginginkan kebaikan semata, pada iman yang meminta-minta untuk dimantapkan.

Cuti 3 bulan saya rasakan cukup lama untuk iman kita menjadi tunggang-terbalik akibat tarikan-tarikan duniawi yang susahnya untuk dipandang sebelah mata, jika iman tidak cukup mapan dan tiada plan yang disusun sepanjang 3 bulan tersebut. Syaitan yang sudah ribuan tahun menggoda sangat arif tentang jenis keseronokan apakah dan bisikan-bisikan apakah yang terbaik buat manusia supaya langkah-langkahnya dituruti.

Saya terfikir, dalam masa 3 bulan, tanpa penambah-baikan diri, tanpa berfikir untuk kepentingan islam, tanpa membantu sedaya-upaya seluruh ahli keluarga, tanpa membuat mutabaah (check-list) amalan harian, selepas dari masa itu, apakah rupa hati kita?

Hati yang sering dibasahi dengan mengingati Allah pastinya akan putih bersih, kerana dengan berzikir akan menyucikan hati.
Hati yang hanya mengikut arus dan keadaan sekeliling, pasti rosak lantaran keadaan sekeliling dan arus sekarang ini tidak langsung membantu menambah iman.

Lalu bagaimana pula rupa hati yang cutinya ini disusun dan dirangka, tetapi untuk mengganti balik semua masa tidur, masa menonton filem, masa bermain game, masa melepak-lepak di shopping mall, masa melayan novel-novel, masa menonton tv dengan astronya, masa untuk berchatting, berfacebook, dan sebagainya, dengan alasan inilah sahaja masanya setelah berpenat-lelah mengorbankan setiap satu perkara tersebut untuk fokus semasa belajar medic yang susah?



Hati itu letaknya di dalam dada manusia. Jika baik hati itu, maka baiklah seluruh jasadnya, dan jika buruk hati itu, maka buruklah seluruh jasadnya. Itu sebabnya penjagaan hati sangat penting untuk memastikan hidayah dapat menembusinya tanpa tersekat dan hanya terpantul kembali.
Hati yang dibiarkan dan ditambah titik-titik hitam dosa dan perkara melalaikan pasti kemudian mengalami kesusahan untuk menyedari ada dosa yang sedang dilakukan, sebab karat jahiliyah kalau dibiar lama-lama, memang susah nak tanggal. Kena pakai clorox atau peluntur yang lebih kuat dari itu. Pilih hanya antara dua, islam atau jahiliyah.

Sekembalinya pulang ke tanah air tercinta, saya terus menuju ke Alamanda untuk membeli beberapa keperluan untuk perjalanan esok hari. Dan buat kesekian kalinya, seperti ada makhluk asing yang berlegar di situ, pakaiannya asing, bajunya labuh sampai melepasi lutut, tudungnya menutupi separuh badan, tidak seperti orang lain yang kebanyakannya hanya mengenakan baju paling besar pun paras pinggang, dan tudung bawal. Mudah.

Hmm...siapalah orang asing yang pelik itu!

Apabila islam menjadi dagang dan asing kembali, maka arus hidup masa itu bukanlah islam. Yang islam itulah yang pelik, yang bukan itu normal. Yang halal itulah yang dijauh-jauhkan, yang haram menjadi sebati dan adat. Siapa yang melawan arus saat ini? Sayakah atau mereka?

Arus yang normal tentu sekali ialah islam, sebab islam itu fitrah. Jadi sepatutnya yang mengikut islam itulah yang mengikut arus, dan yang selainnya melawan arus. Tapi nampaknya mentaliti kita hari ini berbeza dengan apa yang sebenarnya sedang berlaku. Yang islam itulah yang pelik, yang mata menjadi terkebil-kebil melihat islam diamalkan, manakala yang bukan itu ialah kebiasaan. Nah, saya pula yang pelik!

Mulut dan lidah membuat sebutan dan kenyataan bahawa islam itu adalah cara hidup, namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Praktikal dari kata-kata tiada langsung, seperti ungkapan 'ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah'. Sia-sia sahaja. Islam adalah cara hidup dan penyelesaian bagi setiap masalah yang berlaku di dunia. Saya bukan bercakap tentang islam yang hanya difahami dan diamali ketika solat, puasa, zakat dan haji sahaja, tapi islam sebagai darah-daging yang mengawali setiap tindakan kita, dari hati dan iman sehinggalah ibadah jasadi dan lisan. Umat terbaik yang dipilih kerana hidupnya untuk menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran.

"Kamu (umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar, dan beriman kepada Allah.." (3:110)

Kita semua tidak patut lagi menjadi buih-buih di lautan yang nilainya kosong, tetapi menjadi batu sungai yang mencipta arus, bukan mengikut arus. Mencipta arus untuk mengembalikan kegemilangan agama yang kita cintai. Sedarkan manusia dari mimpi indah yang tidak membawa ke mana, beritahu mereka yang rumah kita sedang terbakar, semua orang perlu berperanan untuk memadamkan api, sebab seorang sahaja yang bangun takkan mampu memadamkan api yang sedang marak.

Nusaybah
2july09'

Thank you


posted by Unknown

No comments

Thank you SAKINAH for making this video for me.

Untuk dikongsi juga bersama sahabat lain.

Moga isinya sampai ke hati, liriknya menusuk ke jiwa=)

And this one is for you ukhti~

Juga ditujukan buat yang lain.

THANK YOU (MIRWANA)

Thank you for simply being there

On a cloudy day, on a sunny day

Thank you for sharing your joice and pain with me

For showing me that i'm so special

That my contribution count to our friendship

I have grown as a person

And i hope you have too

Thank you...Thank you..

Thank you..

Just for you

Thank you for simply being my friend

For the special memories

We shared together now

For the neverending support you always give me

Oh friend...oh...

I will always love you

I can't tell how much that you meant to me

I pray for our everlasting friendship

Never ever say goodbye to yesterday

Cause yesterday was so special and wonderful

And i hope tomorrow will be better

Thank you for everything

Thank you...Thank you..

Thank you..

Just for you

Thank you

Sayang Allah!


posted by Unknown

6 comments


"Nasibah!", seorang dukturah memanggil namaku. Aku yang baru rasanya tak sampai 10saat sampai, dengan lelah memanjat tangga dan perjalanan yang jauh dari rumah ke uni (jauh ke?) terkejut dengan panggilan tersebut.

"Nasibah!", sekali lagi aku dipanggil, respon aku untuk panggilan pertama agak perlahan mungkin akibat terpinga-pinga yang melampau, dan aku gagahkan kaki juga menuju ke kerusi berhadapan doktor. Sangkaku aku akan bersoal-jawab dengan dukturah tersebut, tapi tiba-tiba Sabihah dah mengambil tempat tersebut.

Maknanya--aku akan ber'oaral' dengan doktor yang sama-sama sampai denganku, dan naik ke lab denganku, dan duduk di tempatnya saat yang sama aku sampai ke lab! Mukanya memang familiar, tapi aku tak pasti apa namanya. Haih teruknya aku.

"Your name is Nasibah or Nusaibah?". "Nusaibah", jawabku. Jarang doktor bertanya soalan ini. membuat aku tersenyum simpul, suka dengan pertanyaannya yang pertama ini.

"Ok. What is meant by glycolysis?" Itu soalan pertama yang ditanya. 5 minit dan exam oral aku habis!

"You are good except for vitamin C. Take all your things and bags, and go now" =)

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..

Itu sahaja perkataan yang mampu aku ucapkan kala ini. Segala puji bagi Allah yang memudahkan segala urusan. Hari ini kami serumah agak lewat bergerak untuk exam, maka sampai ke universiti dalam keadaan tercungap-cungap kerana penat berjalan laju. Dan biasanya bajet untuk buka buku sebentar sebelum dipanggil untuk oral. Tapi yang dirancang nyataa tersasar dari apa yang berlaku hari ini.

Sebaik tiba, terus dipanggil untuk duduk dihadapan doktor untuk menjawab segala soalan. Orang pertama pulak tu! Tak pernah terbayang bagaimana perasaan menjadi orang pertama, dan Allah mengurniakan peluang itu untukku hari ini, walaupun tidak pernah terbayang apabila apa yang dirancang tidak berlaku.

Teringat firman Allah:

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh bagi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (2:216)


Alhamdulillah, walaupun tidak bersedia, namun ini yang terbaik buatku. Dan aku menjadi orang pertama habis dan berjalan laju pulang ke rumah, melintasi beberapa sahabat yang dalam perjalanan, membuat mereka semua terpinga-pinga, sedang aku tersenyum-senyum..hehe..

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (55:13)

Luasnya nikmat dan kasih-sayang Allah, memang tidak akan dapat terhitung. Setelah berbagai kesilapan yang kita lakukan, kasih-sayang juga yang Allah balas. Dosa yang menggunung tinggi, taubat yang tidak ditepati, namun rahmat Allah yang melangit luas tidak putus-putus buat hamba kerdil ini.

Setiap orang pasti pernah mengalami peristiwa serupa, cuma jalan cerita yang berbeza. Alangkah baiknya kalau kita dapat jadikan setiap apa yang berlaku untuk lebih kita dekat dengan Dia, kenal dan patuhi perintahNya. RahmatNya jualah yang mengharamkan sedikit sahaja perkara buat manusia, dan menggantikannya dengan terlalu banyak perkara yang halal.

Pabila merasa hilang bahagia
Redhakan dirimu menerimanya
Andai kesusahan menjadi ujian
Tetapkan imanmu, usah hilang pengharapan
Pintalah di ketika
Hidup dikelam nestapa
Semoga dikuatkan
Hati dengan kesabaran
(nice-doa)

Beberapa hari saja lagi sebelum menjejakkan kaki ke tanah air. Berdebar-debar rasanya, sebab di Malaysia nanti, apakah hati ini dapat dijaga dari terjerumus kembali ke kancah jahiliyah yang kotor!


Entah apakah yang bakal menanti aku di Malaysia nanti. AF kah? Mentor kah? Cerita korea jepun apakah? Lagu-lagu apakah? Semua yang telah ditinggalkan dengan mujahadah di bumi anbiya' ini merupakan ujian yang hebat buat aku apabila pulang nanti.


Apabila semua orang sibuk bercerita tentang cerita-cerita cinta itu dan ini, gossip-gossip sensasi artis itu dan ini, lagu-lagu terbaru itu dan ini, adakah aku dapat bertahan daripada terjerumus kembali?

Peringatan yang aku dan sahabat-sahabat perlu genggam dan tanam sedalam mungkin dalan hati masing-masing, sabda Kekasih hati yang sangat kita taksub dengannya:

"Barang siapa yang ada padanya tiga syarat ini, ia dapat merasai kemanisan iman; mencintai Allah dan rasulNya mengatasi kasihnya kepada yang lain, menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan kerana Allah, benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka. "

Masyarakat yang mengaku sebagai muslim di Malaysia sekarang berada dalam kekeliruan identiti yang melampau. Bagaimana kita boleh mengaku keIslaman kita dengan hanya mengucap? Bukanlah aku mengatakan bahawa insan ini kafir, tapi aku ingin kita teliti kembali, adakah ini sahaja Islam? Jadi bagaimana pula kita boleh kata islam ialah agama yang indah, sedangkan kita tidak mengamalkannya pun?

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki yang mempunyai kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya." (51:56-58)

Firman Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu." (2:208)

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu main-main(tanpa ada maksud) dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia." (23:115-116)

Jadi hanya dengan menjadi sebenar-benar hamba menjadi bukti tunduk dan patuh kita pada Allah. Bukan mengamalkan separuh dan meninggalkan yang lain. Menjaga solat tapi tidak menjaga pergaulan, dan lain-lain contoh. Jika tidak, kita hanya mengikuti langkah syaitan, musuh ketat kita.

Setiap muslim mesti sentiasa merasa ihsan, bukan 'ihsan melayu' (kasihan kepada orang lain), tapi ihsan yang terdapat dalam hadith 2 dari Hadith 40 Imam Nawawi :
"Ihsan ialah mengabdikan diri kepada Allah, sepertinya kamu melihat Allah, jika pun kamu tidak melihat Dia, seseungguhnya Dia melihat kamu."

Kita yakini bahawa Allah memerhatikan kita setiap masa, sama ada kita melakukannya secara terang mahupun sembunyi. Keyakinan ini yang akan melindungi kita dari terjerumus ke lembah dosa. Keyakinan yang membuat kita tidak takut kepada selain Dia.

Semoga aku kuat dan tidak terkeliru membezakan yang hak dan yang batil. Semoga aku menjadi Umar yang berani melawan yang batil, yang masuk islamnya 100%, bukan 60-70%. Semoga kita tidak gentar menongkah arus berpusing-pusing dalam bangsa kita. InsyaAllah.
**************************************************
Soalan oral daku:
1- definition glycolysis
2-ATP produced in glycolysis
3-where anaerobic oxidation occurs
4-definition of gluconeogenesis
5-key enzyme of gluconeogenesis (cytosol/mitochondria)
6-function of vitamin C &deficiency manifestation(scurvy-sebut ni je)
~soalan paling basic pernah didengar..alhamdulillah..tak payah fikir pun..
~jangan jeles ye=)

Seronok sangat ke?


posted by Unknown

3 comments

Entahlah. baru selesai membacakan yasin untuk allayarham Ammar.

"Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, 'Jadilah!' Maka jadilah sesuatu itu. Maka Mahasuci Allah yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNya kamu dikembalikan." (Yaasin 36:82-83)

Laju air mata mengalir, buat bacaan jadi tersekat-sekat. Biar aku tidak pernah kenal pun arwah, saat ini aku tahu bahawa aku sangat takut kehilangan, kematian. Lebih-lebih lagi manusia yang berada di sekeliling, walaupun hanya 'pernah nampak'. Takziah buat keluarga arwah dan gen6 cairo university. Doakan terus-menerus kebaikan buat arwah, semoga dia ditempatkan di kalangan para syuhada' dalam syurga tertinggi. Amiin.

Keras sekali amaran Allah buat kami kali ini. Dengan watak utama yang paling super sesuai. Kadang-kadang kita diingatkan Allah secara halus, contohnya ketika membaca maksud ayat-ayat suci alQuran, dan kali ini, Allah telah tunjukkan kekuasaanNya. Kun Fayakun.

Watak utama bukan calang-calang, tempias kebaikannya langsung mengenai setiap orang di sekitarnya, sehingga sukar untuk bercakap selain kebaikan tentangnya. Allah ambil nyawanya dan tiada siapa pernah sangka, seawal ini dia meninggalkan kita. Tanpa tanda atau kata-kata. Padahal mungkin baru saja kita bergelak ketawa dan bermesra dengan ukhwah islam yang terlalu manis, terlalu hidup untuk kita terima pula pahit hakikat kematian.

"Allah memegang nyawa(seseorang) pada saat kematiannya dan nyawa(seseorang) yang belum mati ketika dia tidur; maka Dia tahan nyawa yang telah Dia tetapkan kematiaanya dan Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda Allah bagi kaum yang berfikir." (39:42)

Allah lebih sayangkannya. Terlalu sayang mungkin sehingga Dia tidak sabar untuk bertemunya di alam lain pula. Masya-Allah hebatnya kasih sayang Allah terhadap sahabat yang seorang ini. Agak cemburu bila mengenangkan bahawa dia sudah pun melangsaikan tugasnya di dunia, dan kita masa untuk dia bertemu kekasih hati, Sang Pencipta. Cemburu kerana matinya bukan sia-sia, pengakhirannya baik, syahid iAllah. Dan tempat para syuhada' adalah syurga dengan segala kelazatannya. Ah cemburunya!

Tapi kerasnya peringatan Allah untuk kami yang masih hidup ini wahai sahabat. Kami yang masih di dunia fana ini diperingatkan oleh Rabbnya dengan kematianmu. Tamparan besar buat kami yang selalu lupa bahawa mati itu pasti, bahawa persediaan untuk mati itu bukan sehari dua sebelum mati, dan bahawa waktu yang ditentukan untuk kami mati telah ada, tunggu masa saja, sama ada dlm keadaan yang baik atau sebaliknya.

Siapa yang kata tunggu tua dulu baru mahu bertaubat memang silap besar! Siapa yang beri jaminan yang kita akan tua? Umur kau baru menginjak 21 tahun, rohmu telah bertemu Penciptamu. Kau belum tua pun! Baru bertatih-tatih mengenali segala jenis penyakit dan nama-nama ubat yang bermacam-macam, yang kepala sampai boleh pening untuk mengingat semua sekali. Itu, awal-awal lagi, tak pernah terjamin pun kita akan dapat habiskan pelajaran dan menjadi doktor, seterunya membuka hospital sendiri! Tak pernah!

Nyawa kita dipegang setiap kali kita tidur, dan boleh jadi sama ada Allah mahu memberi kembali nyawa tersebut atau terus diambilnya. Kalau diberi kembali nyawa itu, ucapkanlah setiap kali bangun dari tidur: "Alhamdulillahillazi ahyana ba'da ma amatana wailaihinnusyuur, segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepadaNya tempat kembali".

Syukur yang tidak terhingga sebab masih diberi peluang untuk bertaubat dan membaiki serta memperbanyak amalan. Kitalah tu! Yang masih hidup, yang selalu sia-siakan masa untuk perkara yang tak membantu pun untuk mencapai syurga Allah, sedangkan itulah satu-satunya destinasi yang kita impikan selepas kembali pada Allah, bukan neraka yang sangat kita geruni.

Kadang-kadang kita akan kata, 'nantilah dulu..muda lagi..ada masa lagi...enjoy la dulu hidup ni...selagi ada masa pakai la pakaian cantik2 dan menarik perhatian...selagi ada masa pergilah cuba segala jenis hiburan kat dunia ni..etc..'. Lupa ke kita yang kita hidup ni bukan untuk kejar dunia, tapi untuk akhirat? Aku suka sangat ayat glamor arwah:

"Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat, laksana anak-anak akhirat...melihat dunia dari jendela akhirat." (kalam-puncak.blogspot.com)

Dan ayat Allah swt.:
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." (29:69 )

Hidup memang untuk akhirat. Hidup memang hanya dan semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah. Takkan nak tunggu tua dulu baru nak berubah? Nanti bila dah tua pula akan kata, 'aku dah tua, tak larat nak buat baik banyak-banyak'. haih. Jadi amalan mana yang dapat memberatkan timbangan amalan kita di mizan kelak? Masa bila pula yang Allah nak berikan rahmatNya supaya kita dapat tiket ke syurgaNya? Kalau bertangguh-tangguh alamatnya susahlah kita di akhirat nanti, dan percayalah, kesusahan akhirat beganda-ganda susah dari kesusahan dunia yang sedikit cuma.

Peringatan yang Allah berikan kali ini sudah cukup besar untuk buat kita rasa bahawa kematian itu hampir, sangat-sangat hampir. Aku mungkin saja mati sekejap lagi, esok atau lusa. Tak akan terlambat atau tercepat walau sesaat pun, dan aku tertanya-tanya, pada saat kematianku, adakah aku bersedia? Sediakah aku bertemu dengan Sang Pencipta dengan segala titik-titik kotor dalam hati ni? Sediakah aku dengan amal dakwah yang aku rasa lebih kecil dari biji sawi, jika mahu dibandingkan dengan ramai lagi manusia-manusia luar biasa di luar sana? Sediakah aku dengan ibadah-ibadah yang entah khusyu' atau tidak? Sediakah aku??

Melihat dunia dari jendela akhirat. Gunakan dunia untuk mengejar akhirat. Hidup ini cukup singkat, tapi manusia selalu yakin bahawa dia akan hidup esok, minggu depan, habis belajar, sempat bekerja, berkahwin, bercucu-cicit. Sepatutnya kita merasa takut untuk menutup mata pun, sebab ketika tidur, nyawa bukan pada kita, tapi pada Yang Maha Penyayang. Kalau nyawa kita diambil saat itu, laluan mana satu yang bakal kita lalui, laluan ke syurga atau neraka? Manusia jua yang membuat pilihan itu.


"Demi jiwa serta penyempurnaannya. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan." (as shams:7-8)

Sahabat yang dikasihi sekalian, jom kembali pada jalan yang satu, jalan Allah. Tiada gunanya untuk kita menjadi muslim biasa-biasa (sebenarnya tidak faham pun maksud biasa-biasa kerana selain islam hanyalah jahiliyah yang kotor). Masuklah islam dengan sepenuhnya, nikmati islam dengan seluruh jiwa raga, dan sebarkan kebaikan kepada semua manusia. Kita perlukan saham yang banyak untuk akhirat, sebab untuk mendapat syurga itu bukan dengan senang dan lenang, tapi dengan kepayahan dan pengorbanan, diri, harta, nyawa.

Pilihan di tangan kita. Hiburan di dunia tidak langsung menyeronokkan untuk dibandingkan dengan pertemuan dengan Allah di syurga. Tidak seronok pun untuk dibandingkan dengan pertemuan dan perjumpaan dengan Rasullullah dan seluruh sahabatnya dan para ulama' tabi' tabi'in. Tidak seronok pun dunia ni, kecuali apabila dapat mengumpul segala pahala dan menjadi penolong agama Allah, serta syahid di jalanNya. Doa dipohon supaya kita semua ditempatkan di syurga.

Jadi, seronok ke dunia???

Khayal


posted by Unknown

5 comments


biarlah aku berkhayal

khayalkan hidup di syurga
biarlah aku mimpi itu
jadi bidadari pemuda syurga

biarlah aku khayalkan seorang khalifah
sering aku idamkan itu
penuh warna-warni
dunia islam

biarlah aku penat
biarlah aku perit
biarlah aku jatuh

biarlah aku berubah
seratus peratus
tidak sedikit-sedikit
sebab Umar itu hebat

biarlah aku berkhayal
anak-anak comel
jadi pemimpin umat semuanya

biarlah aku usaha
usaha sampai letih
letih sampai pengsan
jasad milik Tuhan

biarlah aku berkhayal
gapai cinta tertinggi
tiada terima kasih
Allah tengoklah aku!

islam iman
hitam putih
kelabu tipu
buih kosong

satu belum lepas
Tuhan bantulah
satu masih lemah
Tuhan berilah hidayah
satu masih dua,tiga,empat
Tuhan satukanlah

sebab aku rindu