Powered by Blogger.

Archive for January 2010

Dengan nafasMu


posted by Unknown

6 comments


Bismillahirrahmanirrahim...

Just a short reminder, for me, and for you, few days before the exam starts.

"Maka(yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah-lah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar. (Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka) dan untuk memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin, dengan kemenangan yang baik. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."(8:17)

Kita belajar, sungguh-sungguh, tak tidur malam, bersengkang mata.
Kita membaca, menghafal, mengulang, menghafal lagi, setiap hari tanpa henti.

Kita berdoa, sujud, bangun qiam, solat hajat, mengharapkan yang terbaik daripadaNya.
Kita susun jadual, kita usaha mengikut jadual, kita usaha untuk penuhi hak manusia juga.

Tapi, betulkah segala apa yang kita lakukan dengan penat lelah itu, kita yang buat?
Kerana kitalah, kita dapat buat semua perkara tu?

Malang sekali kalau itu yang kita fikirkan.

Kalau bukan kerana Allah yang mengurniakan kesihatan,
kalau bukan kerana Allah yang mengurniakan anggota,
kalau bukan kerana Allah yang memberikan daya tenaga,
kalau bukan kerana Allah yang telah mengejutkan kita untuk bangun di malam hari,
kalau bukan kerana Allah yang menggerakkan tubuh kita untuk melakukan segala perkara,
kalau bukan kerana Allah yang setia mendengar doa-doa kita,
kalau bukan kerana Allah yang menguatkan hafalan kita,
kalau bukan kerana Allah yang mengingatkan kita untuk sentiasa bergantung padaNya,
kalau bukan kerana Allah yang masih memberi nikmat nyawa pada kita...

Alhamdulillahirabbil'alamin. Segala puji bagi Allah, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Sekadar mengucap syukur di lidah saja mesti tak cukup kan? Harus, wajib, mesti tunjukkan kesyukuran kita kepadaNya, dengan melakukan SETIAP suruhanNya, dan meninggalkan SETIAP laranganNya. Moga-moga kita menjadi hamba yang taat, dan pandai bersyukur. InsyaAllah..

Sedikit lirik lagu dari Ungu- Dengan nafasMu, yang aku rasakan cukup menyentuh..

"Dan demi nafas yang telah kau hembuskan dalam kehidupanku
Ku berjanji, ku akan menjadi yang terbaik
Menjalankan segala perintah-Mu, menjauhi segala larangan-Mu
adalah sebaris do’a ku untuk-Mu"

Menanti yang Pasti


posted by Unknown

3 comments


Sesekali kerinduan buat 'daerah' yang amat indah itu benar-benar membuatkan aku jadi tidak sabar-sabar. Kalau boleh aku pergi sekarang, dan menetap di daerah itu, alangkah bahagianya!

"Sesungguhnya orang-orang yang berbakti benar-benar berada dalam (syurga yang oenuh) kenikmatan, mereka duduk di atas dipan-dipan melepas pandangan. Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup yang penuh kenikmatan. Mereka diberi minum dari khamar murni (tidak memabukkan) yang (tempatnya) masih dilak (disegel), laknya dari kasturi. Dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlumba-lumba. Dan campurannya dari tasnim, (yaitu) mata air yang diminum oleh mereka yang dekat (kepada Allah). (83:22-28)

Indahnya, bahagianya bayangan syurga yang dijanjikan buat hambaNya yang selalu lalai ini. Pada hari itu, hanya kenikmatan demi kenikmatan yang terlihat di mata, terdengar di telinga, tiada lelah, tiada gundah, hidupmu masa itu hanyalah untuk menikmati segala kasih-sayang Allah yang tak akan pernah dapat dibayangkan oleh manusia dunia.

Subhanallah! Hari-hari yang memenatkan, mengecewakan, mendesak-desak di dunia, kalau boleh aku mahu sangat pulang ke daerah abadi itu, kampung asal kita semua dahulu sejak kejadian penciptaan Adam dan Hawa.

Mudahnya meminta, tapi aku tahu, ada perkara yang masih perlu diselesaikan di dunia, sebelum Dia menjemput aku ke sana. Ada ha-hak yang perlu aku tunaikan sebelum aku meninggalkan bumi tempat berteduh ini. Ada janji-janji yang perlu aku langsaikan, supaya aku benar-benar menjadi mukmin yang dikehendakiNya, yang dengan rahmatNya dapat membenarkan aku menjadi salah seorang penghuni daerah abadi itu, daerah hakiki yang tiada bandingannya dengan kehidupan dunia.

Lalu bagaimana kita boleh membayangkan diri kita sebagai ahli syurga yang hebat itu, jika diri masih sukar meninggalkan yang mungkar, mencampurkan yang hak dan batil, mengaku mencintaiNya tapi dalam masa yang sama seakan lebih cinta pada makhluk dan dunia dengan segala pembuktian cinta itu, sedang pembuktian cinta kepadaNya masih samar-samar. Betulkah kita mahu menjadi ahli syurga? Atau hanya setaraf dengan angan-angan Mat Jenin tanpa usaha yang sesungguhnya?

Aku sedih, banyak lagi kata-kata yang tak diperbuat.
Maafkan aku Allah. Lidah selalu mendahului Iman.

Aku sedih, banyak lagi hak-hak yang tidak aku penuhi sebaik-baiknya.

Maafkan aku. Diriku terlalu lemah. Hanya ada iman yang membuatkan aku terus berdiri dan bermimpi.

Aku tahu bukan setakat ilmu dan kefahaman yang dimahukan, tapi juga kasih-sayang dan pelukan mesra. Kata-kata semangat dan huluran tangan.

Maafkan akak ye dik, banyak lagi kelemahan yang perlu dibaiki.
Kerana cita-citaku untuk menanamkan perasaan yang aku alami dan kefahaman yang sebenar-benarnya, perlu pada usaha yang keras, kerana itu maafkan aku lagi.

Aku sangat bahagia, apabila dalam fikiranku, dalam hatiku, kini, hanya ada islam (walau masih ada sisa Jahiliyyah yang perlu diberus kuat-kuat!). Aku sudah faham sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan "Islam sebagai cara hidup", yang telah aku dengar slogan ini sejak dulu lagi. Seronok jika dapat menceritakannya kepada manusia lain, dan sedih jika ada yang lari daripadanya, atau menduakannya.

Maafkan aku sekali lagi. Fahamilah aku. Kepunglah aku, supaya tidak jatuh.


Fokus Nusaibah. Fokus!!! Kata nak jadi sehebat Nusaibah bt Kaab? Apasal cepat lembik? T_T


p/s SELAMAT BELAJAR KERANA ALLAH KEPADA SEMUA=)

Cerita Abu Umair


posted by Unknown

8 comments

Pada suatu hari, seorang anak kecil bernama Abu Umair, sedang bermain dengan burung kecil yang diberi nama Nughair. Nabi s.a.w setiap kali melihat Abu Umair, baginda bersabda, "Wahai Abu Umair, apa khabar Nughair?".

Hingga suatu hari, Nabi s.a.w melihat Abu Umair sedang menangis. Baginda lalu bertanya apa yang menyebabkannya menangis. Abu Umair menjawab bahawa Nughair telah meninggal.

Nabi s.a.w lalu membawanya bermain-main di jalan-jalan Madinah sehingga para sahabat melihat dan menanyakan apa yang membuat baginda berbuat demikian. Nabi s.a.w menjawab, "Nughair telah meninggal dan aku ingin bermain dengan Abu Umair". Bukan itu sahaja, pada hari berikutnya, Nabi s.a.w datang ke rumah Abu Umair untuk menghiburnya.

******************************************
1. Comelnya!~

2. Anas bin Malik barkata, "Aku belum pernah melihat orang yang paling menyayangi anak-anak daripada Rasulullah". SANGAT BETUL.

3. Lihat bagaimana Rasulullah mendidik anak kecil tersebut dengan memanggilnya dengan panggilan Abu Umair, supaya dapat membina sifat kematangan dan hak mempertahankan diri, maksudnya walaupun masih kecil, tapi Rasulullah memanggilnya dengan panggilan bagi orang dewasa, seperti Abu Bakar.

4. Rasulullah tidak pernah dapat merasai kasih-sayang seorang bapa, but still bagindalah manusia yang paling menyayangi kanak-kanak=)

5. Semakin aku mengenali Rasullah, semakin mendalam rasa cinta dan rindu kepadanya. Jadi bacalah sirah ye, lepas tu baru boleh rasa^_^ Allahummasolli'ala Sayyidina Muhammad.

6. Bukti mencintai Rasulullah adalah mengamalkan sunnahnya kan?

7. Allah tak pernah mengecewakan. Sukanya!~ Manusia je yang selalu lupa T_T. Dan Dia sediakan Rasulnya untuk mejadi sebaik-baik contoh buat kita. Allahu Akbar!

Saya sangat suka cerita ni. Awak?^_~