Powered by Blogger.

Archive for November 2009

Pelembut hati


posted by Unknown

No comments


Betapa seringnya ia melihat bayangan dirinya
yang terpantulkan oleh riak air
seakan-akan bagaikan bintang yang berkilauan,
sedang permukaan air adalah cakrawalanya.

Ia terbang mengelilinya, menatapinya dan
merindukan seandainya dapat hinggap padanya.
Akan tetapi hampir saja ia binasa
tenggelam seandainya
tidak segera sedar.

Itulah gambaran jiwa yang beriman,
mustahil membodohi dirinya. Jelas sekali perbezaan
kesesatan dan petunjuk baginya.
(petikan buku 'Ar-Raqa'iq')

Wahai jiwa yang beriman, bangkitlah!

Untuk yang tersayang


posted by Unknown

3 comments

Ini untuk anda, anda yang sedang membaca.

Dalam hati anda, adakah, atau masih adakah rasa sedih, perit, dan hiba dengan dunia islam hari ini?

Saya bukan maksudkan Palestin semata, saya maksudkan islam seluruhnya, masyakat, negara, dunia ini. Dunia yang sedang kita duduki.

Saya lihat anda masih baring-baring, berborak kosong dengan hilai tawa yang tak sudah, sibuk dengan persatuan, kadang-kadang anda menonton YouTube, atau bermain Facebook.

Anda kata, anda tahu tujuan hidup di dunia. Saya percaya. Tapi bila saya lihat perbuatan anda, saya tidak nampak anda melaksanakan tanggungjawab anda dengan sesungguhnya. Anda kata, hidup untuk mengabdikan diri kepadaNya, dan khalifah di muka bumi, tapi....

Kalau begitu, kepercayaan saya kepada anda hancur. Anda masih di zon selesa. Anda tidak suka untuk bersusah-susah demi islam. Anda tidak suka bekerja untuk islam. Anda lebih memilih untuk menjadi robot, dan hamba pada manusia.


Saya bukan mahu menyalahkan, tapi saya mahu anda lihat dunia ini dengan kaca mata islam. Amankah ia? Damaikah ia? Sentosakah ia? Tidak kan? Tetapi hancur segalanya, kerana islam dibuang ke dalam tong sampah, islam dipijak-pijak seperti tidak bernilai.

Dan anda masih di katil empuk itu, di kerusi empuk itu, melalui hari-hari seperti biasa, tanpa penat berfikir mengenai ummat.

Ya, anda lebih banyak memikirkan diri sendiri daripada ummat. Inikah ciri-ciri pemuda Islam yang diharapkan?

Dan anda banyak beralasan, kata sibuklah, orang ini tak betullah, tapi anda pula? Lari dari masalah sebagai penyelasaian? Betulkah?

Sayang, dunia bukan taman kerehatan. Anda perlukan saham yang banyak untuk kehidupan akhirat kelak, dan anda telahpun berjanji padaNya di alam roh, yang anda akan menunaikan tanggungjawabmu, tap bagaimana sekarang ini?

Rapatkan dirimu dalam barisan menuju rahmat Tuhanmu. Semoga Allah memilihmu menjadi salah seorang jundiNya, untuk menegakkan kembali agamaNya di muka bumi, dengan menjadi hamba yang sebenar-benarnya, hamba yang mencari, bukan menunggu dan melihat sahaja kemenangan yang pasti berlaku.

Saya sentiasa menuggu anda, dalam barisan islam ini, untuk kita sama-sama berlari mengejar redhaNya.